Oleh: Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari, Setiausaha KKR
UPM Serdang, 27 September - Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kelahiran Sukuan Ketiga Bahagian Kaunseling UPM adalah aktiviti berkala yang dijalankan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) untuk menghargai dan mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli kelab. Aktiviti ini merupakan insiatif yang sangat baik dalam memberi ruang kepada ahli kelab meningkatkan motivasi kerja pasukan dan meraikan sambutan kelahiran ahli kelab mengikut suku tahunan.
Majlis ini dijalankan pada 18 September 2024 hari Rabu bermula jam 9.30 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM dan Palm's Cafe, Hotel Palm Garden Putrajaya. Majlis dihadiri oleh warga staf BKUPM dengan jumlah 13 orang dan disempurnakan dengan permulaan bacaan doa dan ucapan santai Presiden KKR, Encik Shafiq Mahadi seterusnya ucapan oleh Ketua Bahagian, Dr. Mazila Ghazali. Bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang penuh barakah pada 16 September 2024, ahli dan exco KKR turut menyambut dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW pada majlis diadakan ini. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.
Majlis turut meraikan hari kelahiran staf BKUPM bagi sukuan ketiga bagi bulan Julai hingga September 2024 iaitu kepada Encik Fariz, Puan Ayna, Dr. Mazila, Puan Kemelia, Encik Haironizam dan Puan Kamariah. Selain daripada itu, aktiviti seperti penyampaian hadiah kepada staf yang diraikan, pemberian hadiah kepada 'king' dan 'queen' yang dimenangi oleh Encik Haniff dan Puan Noorihayatti, pemberian sumbangan prihatin KKR kepada dua (2) orang staf iaitu Encik Fariz perkahwinan diraikan pada 26 Mei 2024 dan Encik Shafiq menjalani rawatan surgeri kecil pada 18 Jun 2024. Pemberian cenderahati bingkai gambar kata motivasi kepada Encik Haniff yang akan menyambung pengajian PhD di Universiti Malaya mulai 30 September 2024 dan beliau membuat ucapan indah untuk warga staf BKUPM dan kami sentiasa mendoakan beliau sentiasa memperolehi kejayaan tanpa rasa berputus asa. Majlis diteruskan dengan makan tengah hari 'Lunch Buffet' di Palm's Cafe, Hotel Palm Garden Putrajaya.
Sesungguhnya kenangan ini memang terindah yang tidak boleh dilupakan warga staf BKUPM.


Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia