MAJLIS SERAHAN BUKU HALA TUJU KERJAYA UPM KEPADA PENDAFTAR UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS SERAHAN BUKU HALA TUJU KERJAYA UPM KEPADA PENDAFTAR UPM

MAJLIS SERAHAN BUKU HALA TUJU KERJAYA UPM KEPADA PENDAFTAR UPM

UPM Serdang, 31 Julai – Satu majlis yang bermakna buat Universiti Putra Malaysia khusus buat Bahagian Kaunseling UPM yang merupakan majlis penyerahan Buku Hala Tuju Kerjaya UPM kepada Pendaftar UPM, Encik Muhazam bin Mansor. Penyerahan Buku ini telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila binti Ghazali kepada Pendaftar UPM. Buku Hala Tuju Kerjaya UPM ini adalah hasil penulisan tim Bahagian Kaunseling dan tim Pejabat Pendaftar. Buku ini mengisahkan kisah inspirasi 13 jawatan popular di UPM dan infografik laluan kerjaya jawatan berkenaan.

Majlis disempurnkana pada tarikh 28 Ogos 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi yang bertempat di Pejabat Pendaftar UPM. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Pendaftar UPM kerana memberi sokongan dan kerjasama yang padu dalam penghasilan Buku Hala Tuju Kerjaya UPM.

   

Gambar: Penyerahan buku Buku Hala Tuju Kerjaya UPM kepada Pendaftar UPM (dari kiri Puan Izwana, Dr. Mazila, Encik Muhazam dan Encik Redzuan) dan gambar perbincangan bersama Pendaftar UPM.


Seramai 16 orang penulis yang terlibat dalam penulisan buku ini. Seramai 13 orang tokoh kerjaya yang telah terlibat dalam sesi temubual untuk menghasilkan kisah inspirasi 13 jawatan popular berkenaan iaitu antaranya Pegawai Tadbir, Pegawai Psikologi, Jurutera, Gurubahasa, Pegawai Teknologi Maklumat dan lain-lain. Penghasilan Buku Hala Kerjaya UPM ini diharap memberi manfaat yang besar sebagai penyuntik semangat dan motivasi serta ilmu kerjaya yang luas kepada semua pelajar dan pembaca. Buku ini telah diagihkan kepada semua Kolej Kediaman dan Fakulti di seluruh UPM.

 

Gambar: Buku Hala Tuju Kerjaya UPM kepada Pendaftar UPM.

Pendaftar UPM berkata "Ucapan terima kasih kepada tim BKUPM dan tim Pejabat Pendaftar kerana berjaya menghasilkan buku yang sangat bagus ini dan saya amat gembira."

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAU~