Maklumat Kerjaya Buat Pelajar ASASI Dalam Putra Career Planning | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Maklumat Kerjaya Buat Pelajar ASASI dalam Putra Career Planning

Maklumat Kerjaya Buat Pelajar ASASI dalam Putra Career Planning

Serdang, 26 Mac 2022- Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah menganjurkan program perancangan kerjaya “Putra Career Planning” dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Program Putra Career Planning merupakan salah satu program khusus kepada para pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER). Program ini adalah inisiatif Seksyen Kaunseling Kerjaya untuk memberikan bimbingan dan maklumat berkenaan perancangan dalam pemilihan kursus di Peringkat Sarjana Muda.

 

Program ini telah diadakan bermula sejak tahun 2017. Saban tahun program ini dilaksanakan secara bersemuka dan berkelompok. Namun bagi tahun 2022 disebabkan berlakunya pandemik Covid-19, pihak seksyen merancang untuk mengadakan program ini secara dalam talian. Program ini telah diadakan secara kaunseling/bimbingan kelompok kepada pelajar yang berminat.

 

Program ini melibatkan 402 orang peserta. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu membantu pelajar memahami lebih lanjut mengenai diri (minat, personaliti,kemahiran dan kekuatan). Dan membantu pelajar mengetahui keselarasan minat kerjaya dan pesekitaran kerja yang bersesuaian dengan diri mereka. Selain itu, program PCP ini juga membantu pelajar untuk mendapat celik akal dalam membuat keputusan dalam pemilihan kursus yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia berdasarkan keputusan yang diperolehi seterusnya membantu pelajar untuk merancang kerjaya pilihan pada masa akan datang.

 

Melalui program ini diharapkan dapat meneruskan usaha untuk memberikan bimbingan dan maklumat kepada Pelajar ASPER UPM khasnya tentang kepentingan dalam membuat Perancangan Kerjaya dari awal sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda atau yang berkaitan. Program ini juga diharap dapat memberi pelajar celik akal untuk memilih jurusan yang bersesuaian dengan minat dan kekuatan diri yang dimiliki agar dapat mencapai secara maksimum berkenaan keselarasan antara minat kerjaya dan persekitaran kerja sehingga dapat mencetuskan kepuasan dan keseronokan bekerja yang bakal ditempuhi kelak.- UPM.

 

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAL~