MEGA RAYA AIDILFITRI 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MEGA RAYA AIDILFITRI 2023

MEGA RAYA AIDILFITRI 2023

UPM Serdang, 31 Mei - Majlis Sambutan Aidilfitri Mega Raya 2023, Pentas UPM telah berlangsung dengan suasana yang sangat meriah. Majlis Sambutan Aidilfitri Mega Raya 2023 diadakan dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dengan gabungan Bahagian Kaunseling UPM bersama beberapa pusat tanggungjawab (PTJ) lain iaitu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Pusat Islam, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Pusat Antarabangsa Putra, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan dan Fakulti Pengajian Pendidikan di bawah Kluster A. Lokasi sambutan adalah di Dewan Putra PKPP, Kompleks Pelajar, UPM.

Pada masa yang sama bertarikh 10 Mei 2023, warga Universiti Putra Malaysia telah beraya secara serentak di lokasi lain iaitu di Ruang Legar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Kejuruteraan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, Dewan Bankuet, Dewan OSH dan beberapa lokasi lain serta saling melawat di setiap lokasi.

Tujuan sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan memberi ruang kepada semua warga untuk beramah mesra dan bermaafan antara satu sama lain warga UPM.

Kemeriahan sambutan di Dewan Putra, Kompleks Pelajar diserikan lagi dengan persembahan nyanyian karaoke dan video ucapan daripada setiap PTJ. Warga UPM masing-masing cantik bergaya memakai pakaian hari raya. Sambutan kali ini amat bermakna apabila pengurusan tertinggi UPM YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, YBrs. En Muhazam Mansor dan Ahli Pengurusan yang lain turut hadir meraikan dan berbaik-baik antara satu sama lain.

Antara menu yang disediakan ialah sate, lontong, sambal kacang, roti jala, bubur kacang bersama air buah dan kordial serta pelbagai juadah tradisi lain termasuk kuih raya. Kemeriahan sambutan kali ini bukan sahaja menghimpunkan kakitangan dan pengurusan PTJ tetapi juga sebagai bukti perpaduan padu seluruh warga UPM.

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAy~