MEMBENTUK GAYA HIDUP PROFESIONALISME PELAJAR MENERUSI PROGRAM MEET & GREET | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MEMBENTUK GAYA HIDUP PROFESIONALISME PELAJAR MENERUSI PROGRAM MEET & GREET

MEMBENTUK GAYA HIDUP PROFESIONALISME PELAJAR MENERUSI PROGRAM MEET & GREET

PORT DICKSON, 12 NOVEMBER- Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Internasional Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences UPM (I-AQUAS), Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini disertai seramai 30 peserta yang terdiri daripada ahli KRS ini merupakan satu inisiatif yang diambil bagi mengeratkan hubungan antara ahli dan jawatankuasa KRS serta penasihat kelab dan mengetahui perkembangan kelab bagi sesi yang baharu di samping memberi sumbang saran untuk meningkatkan produktiviti kelab. Program ini merupakan program anjuran Seksyen Kaunseling Pelajar, Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa UPM (KRS), WAZAN dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP).

Sesuai dengan tema “Membangun Gaya Hidup Profesionalime Pelajar”, matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan kepimpinan KRS yang berkebolehan dan berupaya menetapkan nilai kehidupan yang terbaik melalui perkongsian Modul Pembangungan Profesionalisme Pelajar (3P) yang telah dibangunakan oleh PKPP dan Modul Terapi Alam yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi BKUPM.

Perkongsian Modul 3P yang dibangunkan oleh PKPP berobjektif untuk memupuk kempimpinan dalam diri pelajar semasa program dijalankan, memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelaksanaan dan pengendalian program serta  melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan efektif.

 

Modul Terapi Alam yang dijalankan oleh pegawai psikologi BKUPM pula bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti pelbagai alternatif untuk mengimbangi keperluan dan kehendak untuk mencapai kesejahteraan hidup dan melatih pelajar tentang pengurusan emosi yang baik melalui pendekatan psikologi.

Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila Ghazali berharap agar melalui program yang dijalankan, para peserta dapat memahami dan mengenalpasti aspek kesejahteraan dalam kehidupan mereka melalui modul dan aktiviti yang dijalankan.

 

 

Antara Aktiviti yang dijalankan

Tarikh Input: 27/01/2023 | Kemaskini: 27/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQAX~