Norma Baharu Dalam Perkongsian Melalui FB Live | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Norma Baharu dalam Perkongsian melalui FB Live

Norma Baharu dalam Perkongsian melalui FB Live

SERDANG – Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) mengambil inisiatif  menggunakan medium media sosial, Facebook sebagai cara menyampaikan perkongsian berguna bersama warga kampus, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Baru-baru ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), BKUPM beralih pada platfom media sosial sebagai media perkongian ilmiah bersama para pengikut di Laman Sesawang Facebook BKUPM. Memandangkan dalam tempoh ini, semua pekerja dan pelajar UPM wajib berada di rumah masing-masing, BKUPM tetap menyempurnakan tanggungjawab sosial dalam berkongsi ilmu pengetahuan kepada mereka. Perkongsian ini disampaikan secara terus oleh kaunselor-kaunselor daripada Bahagian Kaunseling.   

Melalui Slot Bicara Kaunselor melalui perkongsian FB Live, tiga orang kaunselor telah berkongsi beberapa tajuk yang sangat dekat dengan isu-isu kendiri sebagai persediaan mental dan psikologi dalam menghadapi pandemik Covid-19. Perkongsian ini disampaikan bersama para pengikut Facebook BKUPM malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook.

Sasaran utama BKUPM mengendalikan program melalui FB Live ini, membuka ruang dan peluang kepada warga kampus untuk belajar ilmu baharu meskipun berada di rumah. Fokus utama BKUPM adalah untuk menyebar luas maklumat yang memberi manfaat kepada setiap individu dengan memanfaatkan tempoh PKP ini secara optimum. Perkongsian yang disampaikan berkonsepkan personal, di mana pelbagai ilmu pembangunan kendiri yang boleh dipraktikkan secara individu.

Dalam siri FB Live yang pertama, dihoskan oleh Pn. Kamariah Derasol bersama Ustaz Hakim Mohd Noor yang membincangkan tajuk “Bagaimana kekal positif semasa di rumah”. Sambutan yang sangat baik memandangkan ini merupakan kali pertama BKUPM menjalankan perkongsian secara online. Sambutan yang memberansangkan daripada warga UPM dan komuniti. Sementara itu, FB Live yang kedua pula dihoskan oleh Puan Anis Akmilah Mat Hassan yang membicarakan mengenai “Bagaimana mengurus Stres ketika menghadapi pandemik”. Manakala, En Haniff Abdullah Hashim berkongsi  tentang “Berhenti Merokok, Suatu Pengalaman”. Perkongsian sebenar daripada En Haniff mendapat sambutan baik daripada warga kampus memandangkan dalam tempoh PKP inilah, masing-masing cuba untuk mencipta norma baharu yang lebih sihat dan praktikal. Jumlah hampir 2000 capaian telah direkodkan bagi viewer yang menonton perkongsian di FB Live ini secara langsung dan sebaliknya. Malah, melalui kaedah ini, setiap viewer boleh mengetik butang ‘share’ di paparan masing-masing agar rakan-rakannya juga boleh menonton perkongsian tersebut.  

Program perkongsian secara webinar ini mendapat sambutan yang sangat memuaskan daripada pelajar dan pekerja UPM. Memandangkan perkongsian sebegini, warga kampus masih boleh masih boleh menonton perkongsian yang disampaikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan masing-masing.           

Dengan perlaksanaan program sebegini, BKUPM berhasrat agar dapat terus membantu warga kampus untuk kekal bermotivasi dan bersemangat dalam menempuh norma baharu ini. Bersama-sama kita mengamalkan norma baru dengan mencipta rutin baharu yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada diri kita dan orang lain.

 

Tarikh Input: 01/07/2020 | Kemaskini: 01/07/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTA0~