Outreach Di Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM X PERKESO : MYCAREER @MOHE 2022 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Outreach Di Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM X PERKESO : MYCAREER @MOHE 2022

Outreach Di Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM X PERKESO : MYCAREER @MOHE 2022

          

UPM, Serdang - Pelajar Universiti Putra Malaysia telah mendapat peluang yang baik iaitu dapat bersemuka secara langsung bersama kaunselor dalam mendapatkan bimbingan kerjaya di dalam program Putra Career Adaptability : Outreach di Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM X PERKESO MY CAREER  @MOHE 2022 bertarikh 29 Jun 2022. Seramai lima orang kaunselor yang diketuai oleh En Mohd Redzuan Zamberi memberikan perkhidmatan secara terus di booth kaunseling yang dibuka jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Turut serta juga Dr. Mazila Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling memberikan sokongan dan berjumpa dengan pelajar dan graduan yang hadir.

Pelajar dan graduan yang hadir di booth BKUPM menunjukkan keterujaan dan minat dalam mendalami tentang kerjaya, dan setiap dari mereka diberikan panduan untuk turut serta dalam Telegram Kaunselor Kerjaya UPM yang penuh dengan maklumat aktiviti kerjaya. Beberapa kelompok pelajar telah diberikan perkhidmatan secara terus oleh kaunselor dalam aktiviti kad kerjaya. Perjalanan perkhidmatan ini berakhir dengan wajah yang gembira dan bersemangat untuk terus berhubung dengan kaunselor di lokasi pejabat Bahagian Kaunseling UPM kelak. Kesimpulannya, objektif program ini dapat dicapai dan pelajar dapat membina perjalanan kerjaya dengan lebih terperinci dan terancang.

   
         
   
         
         

Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAh~