PCP, Inisiatif BKUPM Bantu Pelajar ASASI UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PCP, Inisiatif BKUPM Bantu Pelajar ASASI UPM

PCP, Inisiatif BKUPM Bantu Pelajar ASASI UPM

Serdang, 7 Feb - Seramai 799 orang peserta dengan objektif untuk membantu pelajar memahami lebih lanjut mengenai diri (minat, personaliti,kemahiran dan kekuatan) dan membantu pelajar mengetahui keselarasan minat kerjaya dan pesekitaran kerja yang bersesuaian dengan diri mereka. Selain itu, program PCP ini juga membantu pelajar untuk mendapat celik akal dalam membuat keputusan dalam pemilihan kursus yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia berdasarkan keputusan yang diperolehi seterusnya membantu pelajar untuk merancang kerjaya pilihan pada masa akan datang.

Program ini merupakan program inisiatif Seksyen Kaunseling Kerjaya untuk memberikan bimbingan dan maklumat berkenaan perancangan dalam pemilihan kursus di Peringkat Sarjana Muda. Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah menganjurkan program perancangan kerjaya Putra Career Planning (PCP) 2.0 pada tahun 2023 dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Program PCP merupakan salah satu program khusus kepada para pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER).

Program ini diadakan secara fizikal di Dewan Kolej Tan Sri Aisyah Ghani (KTAG) secara bersiri dengan konsep, seorang kaunselor menyampaikan ceramah dan pelajar akan dibahagikan kepada beberapa orang kaunselor untuk kaunseling/bimbingan kelompok kepada pelajar.

 

Melalui program ini diharapkan dapat meneruskan usaha untuk memberikan bimbingan secara berterusan dan maklumat kepada Pelajar ASPER UPM khasnya tentang kepentingan dalam membuat perancangan kerjaya dari awal sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda atau yang berkaitan. Program ini juga diharap dapat memberi pelajar celik akal untuk memilih jurusan yang bersesuaian dengan minat dan kekuatan diri yang dimiliki agar dapat mencapai secara maksimum berkenaan keselarasan antara minat kerjaya dan persekitaran kerja sehingga dapat mencetuskan kepuasan dan keseronokan bekerja yang bakal ditempuhi kelak.- UPM.

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBAAK~