PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2023

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2023

UPM Serdang, 19 Oktober – Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023 ini telah dianjurkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Tema Bulan Kaunseling bagi tahun 2023 adalah "Minda Madani Masyarakat Harmoni". Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Manakala Ucaptama Seminar Kaunseling telah disampaikan oleh YBhg. Prof Dr. Othman bin Dato' Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor. Majlis berlangsung pada 10 Oktober 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya.

Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun sejak 2016 sempena Hari Kesihatan Mental sedunia. Pelbagai slot telah diadakan bagi khusus buat kaunselor-kaunselor yang hadir. Antaranya ialah Bual Bicara Pakar Kaunseling yang membincangkan mengenai Kesejahteraan Insani Masyarakat Harmoni yang dikendalikan oleh 3 orang panel Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahmud, Pensyarah UKM, Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Lembaga Kaunselor Malaysia danEncik Md Noh Saiman dari LPPKN. Selain itu, slot lain yang sangat menarik adalah "Kaunselor dan Perundangan" yang dikongsikan oleh Dr. Jum'awaton Shahruddin daripada Jabatan Peguam Negara. Slot terakhir disampaikan oleh Puan Maisarah Hashim daripada Jabatan Pembangunan Wanita KPWKM yang membentangkan mengenai Advokasi Antigangguan Seksual. kaunselor daripada pelbagai agensi datang menghadiri program ini termasuk jabatan kerajaan dan persendirian.

Setiap kaunselor yang hadir merupakan kaunselor-kaunselor berdaftar dan aktif dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling termasuk pensyarah, perunding cara, guru-guru kaunseling dan pengamal kaunseling. Impak program ini adalah untuk menyuntik semangat yang tinggi kepada semua pengamal kaunselor bagi terus menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada masyarakat. Profesyen kaunseling bukan lagi perkara baharu dalam masyarakat malah telah menjadi tonggak utama dalam membantu masyarakat menghadapi isu-isu kesihatan mental yang semakin meruncing. peserta program pelancaran Bulan Kaunseling UPM, Puan Anis Akmilah, Pegawai Psikologi UPM menyatakan "bersyukur kerana pihak Lembaga Kaunselor Malaysia menganjurkan program sebegini setiap tahun, Melalui forum begini saya dapat berjumpa rakan-rakan kaunselor daripada pelbagai agensi dan dapat bertukar-tukar pengalaman dan kemahiran dalam membantu klien. Program sebegini juga dapat membantu saya sentiasa peka dengan keperluan semasa masyarakat, lebih-lebih remaja."

 

Gambar : Kenangan Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsan 2023

 

Gambar : Ucapan YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Kiri) dan Promosi Pusat Sokongan Sosial Setempat, PSSSMobile @KPWKM (Kanan)

 

 

 

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 23/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAY~