PEMANTAPAN EKSA, LABEL DISERAGAMKAN SELARAS PEMAKAIAN LOGO EKSA UPM TERKINI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PEMANTAPAN EKSA, LABEL DISERAGAMKAN SELARAS PEMAKAIAN LOGO EKSA UPM TERKINI

PEMANTAPAN EKSA, LABEL DISERAGAMKAN SELARAS PEMAKAIAN LOGO EKSA UPM TERKINI

UPM Serdang, 28 Disember – Bahagian Kaunseling UPM telah melaksanakan satu aktiviti gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi sukuan keempat yang melibatkan semua warga Bahagian Kaunseling UPM dengan menggerakkan konsep 'free & easy'. Aktiviti ini dilaksanakan pada 15 Disember 2023 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang melibatkan kepada keseluruhan ruang bangunan Bahagian Kaunseling iaitu terdiri daripada lima (5) zon yang bernama Zon Rogers, Zon Ellis, Zon Glasser, Zon Al-Ghazali dan Zon Holland. Gotong-Royong ini diadakan selaras pelaksanaan aktiviti takwim Bahagian Kaunseling UPM dan pemakluman pemakaian logo rasmi EKSA UPM terkini tahun 2023 berikutan perubahan pada simbol cap dagangan logo EKSA daripada status 'TM' kepada 'R'. Semua warga Bahagian Kaunseling UPM yang terlibat dalam aktiviti ini iaitu seramai 17 orang termasuk seorang kaunselor pelatih.

Dengan adanya aktiviti gotong-royong ini semua warga Bahagian Kaunseling UPM dapat manfaat kawasan ruang menjadi lebih teratur, seragam dan menonjolkan imej korporat dimana paparan informasi berkonsepkan 'minimalist' organisasi. Selain daripada itu, warga Bahagian Kaunseling UPM dapat memupuk kerjasama dalam menjaga ruang kerja dipertanggungjawabkan. Selain daripada itu, aktiviti gotong-royong semua zon dimulakan dengan mengambil gambar sebelum dan selepas aktiviti, cabut atau menanggalkan format label lama, menampal format label terkini yang telah disediakan di Pejabat Am atau pada hub drive. Ketua zon bersama Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) menjaga ruang tersebut mengemas ruang merujuk senarai semak Kriteria Penilaian EKSA Generik & Khusus dan tambahan, semua PYB ruang perlu memastikan ruang mempunyai pelan suiz, pelan lantai kecemasan, borang senarai aset mengikut lokasi KEW.PA-7 (BR051/AST). Ketua Zon setiap ruang membuat pemeriksaan kendiri & hantar semakan kepada Jawatankuasa Pelaksana seperti yang telah ditetapkan. Kesimpulan daripada aktiviti ini secara langsung menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif dimana ia menyokong kepada Visi, Misi, Penyataan Komitmen dan Objektif gerakan pemantapan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM ini.

 

Gambar : Poster Gotong-Royong EKSA Q4 BKUPM (kiri) dan proses aktiviti pelabelan baharu (kanan)

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBDAd~