PEMBENTANGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN MAJLIS PERPISAHAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » PEMBENTANGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN MAJLIS PERPISAHAN

PEMBENTANGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN MAJLIS PERPISAHAN

UPM Serdang, 1 Ogos – Bahagian Kaunseling UPM senantiasa membuka peluang bagi pelajar khususnya pelajar dari program kaunseling untuk menjalani latihan industri di sini. Kali ini dua orang kaunselor pelatih telah tamat dengan jayanya mengikuti Latihan Industri di BKUPM. Tempoh latihan industri mereka adalah selama 18 minggu bermula 20 Mac 2023 sehingga 21 Julai 2023. Aktiviti pembentangan laporan industri diadakan pada 21 Julai 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi yang bertempat di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM.


 
Gambar: Pelajar membuat pembentangan akhir Latihan Industri sebagai pelatih kaunselor di Bahagian Kaunseling UPM

Bagi pelajar dari program kaunseling, sepanjang latihan industri mereka perlu melengkapkan keperluan khas mengikut syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing sama ada dari segi jam sesi kaunseling/bimbingan (individu, kerjaya, kelompok, keluarga), program dan aktiviti, perkembangan profesional, pengurusan pentadbiran dan sebagainya.


Penyelia lapangan serta warga BKUPM membantu dalam memberikan tunjuk ajar serta melatih mereka, dan sedikit sebanyak memberikan gambaran hakikat sebenar dunia pekerjaan. Pengalaman yang diperoleh, bukan sahaja dalam perancangan, proses, pelaksanaan dan penghasilan kerja, bahkan cara komunikasi, pergaulan sesama rakan sekerja, integriti, etika dan peraturan yang perlu dipatuhi dan apa juga yang berkaitan sebagai seorang pekerja.

Pada sesi pembentangan ini, kaunselor pelatih berpeluang berkongsi pengalaman, keseronokan, kesukaran, serta peluang penambahbaikan sama ada dari sudut pandang mereka sendiri, atau dari pengalaman dan latihan yang mereka hadapi sepanjang di sini.

Bagi kali ini, Kaunselor Pelatih tersebut adalah Saudari Nur'ain A'qilah Ali daripada Sarjana Psikologi Kaunseling UKM dan Saudara Muhammad Izzuddin Abdul Ghani, Ijazah Bacelor Kaunseling UPM. Sepanjang Mac sehingga Julai 2023, mereka telah terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti. Antaranya mempromosi perkhidmatan kaunseling, penggunaan alat pengujian dan pengukuran (IPS, IPW, INPS, IMKS, Gaya Belajar dan lain-lain) dalam memberikan sesi, ahli jawatankuasa program-program anjuran BKUPM seperti University Young Motivator Competition (UMAC), Karnival Putra Holistik, Program-program Motivasi Bulanan, Program-program kerjaya dan banyak lagi. Penglibatan-penglibatan aktiviti ini adalah sebagai salah satu pengalaman yang berharga yang boleh dijadikan nilai tambah dalam membentuk kekuatan kendiri dan pembangunan kerjaya nanti.

 

Gambar: Kenangan bersama Seksyen Kaunseling Kerjaya (Kiri) dan Seksyen Kaunseling Pekerja (Kanan) 

BKUPM sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar-pelajar dalam persediaan ke alam kerjaya, tidak kira mereka bakal graduan UPM sendiri atau daripada insitusi luar. Diharap pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat yang baik untuk disumbangkan kepada masyarat dan dunia.

 

Gambar: Gambar berbingkai diberi oleh Pelatih Kaunselor kepada Ketua Bahagian (Kiri) dan gambar kenangan bersama Bahagian Kaunseling UPM (Kanan)

Tarikh Input: 31/08/2023 | Kemaskini: 31/08/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (02:52:21am-02:57:21am, 05 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]