PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

UPM Serdang, 2 Oktober – Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) Unviersiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan satu program pemeriksaan tempat kerja di Bahagian Kaunseling UPM pada 5 September 2023 bermula jam 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang. Program pemeriksaan ini dilaksanakan setiap tahun kepada semua Pusat Tanggungjawab UPM. Tempat berkumpul yang ditetapkan sebelum pemeriksaan dilaksanakn adalah di Bilik Perbincangan 2, tingkat atas. Pemeriksaan Keselamatan yang dibuat pada bangunan tingkat atas dan bawah di Bahagian Kaunseling UPM. Program pemeriksaan ini bertujuan memantau pengurusan keselamatan dan kesihatan Pekerjaan. Skop yang diperiksa adalah termasuk Skop Sistem Pencegahan Kebakaran, Skop Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Skop Pengurusan Sisa Terjadual dan tindakan lepas yang diperiksa. 

Seramai enam (6) orang yang terlibat dalam program pemeriksaan ini, iaitu termasuk empat (4) anggota daripada pasukan pemeriksaan PPKKP UPM, Dr. Mazila binti Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling UPM merangkap kepada Pengerusi Pasukan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari, Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Encik Haironizam bin Jaini, Pegawai menguruskan sisa terjadual (e-Waste). Ke semua pekerja di Bahagian Kaunseling UPM juga turut ambil maklum agar ketersediaan sekiranya diperlukan oleh pihak PPKKP ketika pemeriksaan KKP dilaksanakan. Secara keseluruhannya status pemeriksaan KKP Bahagian Kaunseling UPM menduduki keputusan yang cemerlang. Hasil laporan turut menyatakan pemeriksaan sistem pencegahan kebakaran berada dalam fungsi yang baik manakala pengurusan KKP di Bahagian Kaunseling UPM dalam keadaan baik, semua rekod berkaitan disimpan di dalam fail dan semakan.

Program ini memberi manfaat kepada semua pekerja di Bahagian Kaunseling UPM. Penyelaras KKP mewakili Pasukan KKP, Bahagian Kaunseling UPM menyatakan amat bersyukur pelaksanaan pemeriksaan dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang bagi tahun ini dan sentiasa usaha untuk penambahbaikan urusan KKP.

 

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 23/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAd~