Pengurusan Imej, Program Pencetus Semangat Tahun Baharu | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Pengurusan Imej, Program Pencetus Semangat Tahun Baharu

Pengurusan Imej, Program Pencetus Semangat Tahun Baharu

Serdang, 15 Feb – program pengurusan imej telah mendapat sambutan hangat daripada pekerja-pekerja wanita di Universiti Putra Malaysia. Program yang bertajuk Imej dan Karisma Diri diadakan pada 10 Februari yang lalu. Program ini merupakan program motivasi yang dilaksanakan oleh Seksyen Kaunseling Pekerja, BKUPM. Tahun ini, mereka menyasarkan 6 program motivasi yang membawakan topik-topik menarik yang dekat dengan keperluan warga pekerja UPM khususnya.

 

Seramai 80 peserta yang menyertai program ini secara fizikal bertempat di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM. Manakala seramai 849 peserta yang mengikuti program ini secara langsung melalui laman sosial Facebook Bahagian Kaunseling UPM. Dalam program ini, setiap peserta diberi peluang untuk menganalisis imej dan ciri-ciri profesional yang boleh ditambah baik pada masa akan datang. Perkongsian santai Puan Hajar, guru Imej yang dijemput telah berjaya menawan hati para peserta. Dapat dilihat setiap peserta sangat aktif dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.     

 

Puan Noorihayatti selaku penganjur program berkata, ‘pemilihan topik fokus kepada imej korporat adalah sebagai motivasi pertama staf UPM untuk memulakan tahun baharu dengan semangat yang baharu’. Katanya lagi, peserta yang hadir majoritinya dalam kalangan wanita kerana menjadi lumrah wanita untuk tampil cantik dan professional semasa bekerja.

 

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan program ini, beliau mengharapkan melalui program ini dapat memberikan tip dan kemahiran kepada peserta untuk dilihat berketerampilan.Teknik yang dikongsi adalah sangat praktikal dan sesuai diamalkan secara profesional untuk menambahbaik imej individu sekaligus dapat menaikkan imej organisasi ke peringkat yang lebih tinggi.- UPM

 

Sedutan Gambar Program Imej & Karisma Diri

    

 

   

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAk~