Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Melalui Kursus AKRAB | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Melalui Kursus AKRAB

Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Melalui Kursus AKRAB

UPM Serdang – Seramai 42 orang peserta yang telah menyertai Kursus Pra AKRAB yang mensasarkan penglibatan staf di kalangan Pengurusan & Profesional (Akademik), Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan Pelaksana. Kursus ini merupakan program kerjasama di antara Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM), Pejabat Pendaftar UPM serta Unit Kaunseling dan Kebajikan, UPM Kampus Bintulu (UPMKB). Kursus Pra AKRAB Tahap 1 telah dijalankan pada 23 hingga 25 Ogos yang lalu. Manakala untuk Kursus Pra AKRAB Tahap 2 telah dijalankan pada 13-15 September 2022. Kursus ini telah dilaksanakan di Auditorium BKUPM.

Menurut Puan Noorihayatti selaku penyelaras program, “kursus akrab ini akan dijalankan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama Kursus Pra AKRAB Tahap 1, kemudian fasa kedua ialah Kursus Pra AKRAB Tahap 2 dan Kursus Training of Trainers (TOT)AKRAB CARE”. Menurutnya lagi,  Kursus AKRAB ini melibatkan penilaian khas yang melayakkan setiap peserta ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan sekiranya berjaya dalam kedua tahap, para peserta akan mengikuti TOT AKRAB CARE.

Fokus utama pelaksanaan  Kursus AKRAB ini adalah untuk melantik ahli AKRAB bertauliah yang berperanan sebagai pembimbing di Pusat Tanggungjawab masing-masing sekali gus membantu pihak universiti dalam pelaksanaan Dasar Pemisah. Setiap peserta yang menyertai kursus ini mempunyai latar belakang bidang yang berbeza-beza. Oleh itu, sebagai salah satu syarat wajib untuk menjadi seorang pembimbing, setiap peserta perlu melalui kursus ini dalam tempoh 7 hari dengan dibekalkan latihan-latihan asas seperti kemahiran bimbingan dan kaunseling, kemahiran asas menolong, kemahiran melayan  serta maklumat asas mengenai pengurusan emosi dan psikologi manusia.

Harapan BKUPM dalam pelaksanaan Kursus AKRAB ini agar lebih ramai pembimbing dilatih serta dapat membantu BKUPM mengenal pasti isu-isu dalam kalangan pekerja.  Pembimbing-pembimbing yang terlatih ini dapat menyokong rakan sekerja yang lain dalam mengendalikan emosi dan psikologi sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mengurus isu-isu kendiri.   

Tarikh Input: 22/09/2022 | Kemaskini: 22/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeVAY~