PERTANDINGAN AMALAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM DI BAHAGIAN KAUNSELING UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PERTANDINGAN AMALAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM DI BAHAGIAN KAUNSELING UPM

PERTANDINGAN AMALAN PEMBUDAYAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM DI BAHAGIAN KAUNSELING UPM

UPM Serdang, 2 Oktober – Satu pertandingan yang dinantikan oleh warga pekerja Bahagian Kaunseling UPM dan merupakan satu langkah bagi pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Bahagian Kuanseling UPM. Ini adalah kata motivasi dorongan semangat untuk kami warga Bahagian Kaunseling UPM yang dimaklumkan oleh Penyelaras EKSA. Pertandingan Amalan Pembudayaan EKSA telah dijalankan bertarikh pada 22 September 2023 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, tingkat atas, Bahagian Kaunseling UPM. Program ini sebagai tanda menyunting semangat dan pengiktirafan kepada pemenang dalam kesedaran dan memupuk amalan pemantapan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM. Seramai 18 orang terlibat iaitu semua daripada Bahagian Kaunseling UPM dan juri pertandingan merupakan seorang Pegawai Tadbir di Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM iaitu Puan Siti Noriza Samad. Lima (5) anugerah yang dipertandingkan iaitu pertama, Workstation Terbaik dengan memastikan ruang kerja di meja kubikal staf mengikut panduan dan memaparkan korporat. Kedua, Bilik Terbaik iaitu dengan menunjukkan ruang kerja di Bilik Pegawai mengikut panduan dan memaparkan korporat. Ketiga, Person In Charge Paling Kreatif EKSA iaitu pekerja yang kreatif dalam memanfaatkan ruang dan memaparkan imej korporat. Keempat, Zon EKSA Terbaik iaitu lima (5) Zon di Bangunan Bahagian Kaunseling di bawah seliaan Ketua Zon EKSA mematuhi garis panduan EKSA. Kelima, Go Green Terbaik iaitu Pekerja yang membudayakan amalan go green dan penjimatan sumber dengan kreatif. Juri pertandingan EKSA menyatakan persaingan yang amat sengit kerana semua pekerja memberikan komitmen yang tinggi, walau bagaimanapun terdapat beberapa ruang yang perlu ditambahbaik untuk meningkatkan amalan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM. Terima kasih semua atas usaha semangat untuk menjayakan pertandingan EKSA dan ucapan tahniah buat pemenang. Untuk makluman, pemenang akan diumumkan ke pada bulan Disember 2023 dengan pemberian sijil penghargaan.

 

  

  

Gambar: Juri Pertandingan melawati ke setiap ruang di Bahagian Kaunseling UPM

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBDAf~