Oleh: Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari
SERDANG, 29 November - Pertandingan Amalan Pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Bahagian Kaunseling UPM Tahun 2024 merupakan satu pertandingan yang dinantikan oleh warga kerja Bahagian Kaunseling UPM untuk berterusan pemantapan pembudayaan alaman EKSA di Bahagian Kuanseling UPM. Pertandingan Amalan Pembudayaan EKSA ini telah dijalankan dengan meriah pada 27 November 2024 bermula jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat, tingkat atas, Bahagian Kaunseling UPM.
Seramai 17 orang terlibat iaitu semua daripada warga kerja Bahagian Kaunseling UPM dan juri penilai pertandingan merupakan seorang Pegawai Tadbir Pusat Jaminan Kualiti UPM iaitu Puan Nurainakmal binti Kamal Bahrin. Lima (5) anugerah yang dipertandingkan dan pemenang kategori;
Juri penilai pertandingan EKSA menyatakan persaingan yang amat sengit kerana semua pekerja memberikan komitmen yang tinggi dan menyatakan penilaian kepada kriteria menarik dan perhiasan korporat adalah subjektif. Namun, terdapat beberapa cadangan daripada juri bagi ruang yang perlu ditambahbaik untuk meningkatkan pembudayaan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM. Terima kasih semua atas usaha semangat untuk menjayakan Pertandingan Amalan Pembudayaan EKSA dan ucapan tahniah buat pemenang.




Tarikh Input: 30/11/2024 | Kemaskini: 30/11/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia