PERTANDINGAN UNIVERSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (UMAC) PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTERPTJ 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PERTANDINGAN UNIVERSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (UMAC) PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTERPTJ 2023

PERTANDINGAN UNIVERSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (UMAC) PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INTERPTJ 2023

UPM Serdang, 1 Jun - University Young Motivator Competition (UMAC) adalah merupakan acara tahunan universiti-universiti awam di Malaysia termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia merupakan ruang yang disediakan kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat dalam pengucapan motivasi dan inspirasi. Program pertandingan ini merupakan piala pusingan Timbalan Naib Canselor HEPA UPM mengikut tahun. Pertandingan University Young Motivator Competition (UMAC) Piala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)) UPM Inter PTJ 2023 menjadi acara pemula kepada pertandingan kemuncak peringkat kebangsaan iaitu Intervarsity Young Motivator Compatition (IMAC) yang menghimpunkan bakat-bakat besar motivator muda universiti dalam kalangan mahasiswa setiap universiti awam di Malaysia. Menerusi acara pertandingan (UMAC) ini peserta telah mempersembahkan keupayaan dan kebolehan mereka dalam menyampaikan ucapan motivasi dan inspirasi kepada penonton dengan syarat serta tema yang ditetapkan serta dinilai oleh juri profesional yang dilantik. Istimewa kali ini penganjur memperkenalkan Piala Pusingan Timbalan Naib Canselor HEPA UPM sebagai taruhan serta hadiah yang lumayan bagi menarik minat para pelajar.

 

Pada kali ini, pertandingan ini telah berlangsung secara hibrid yang pasti mencabar daya kreativiti para peserta. Sesi secara atas talian adalah tertumpu kepada pertandingan peringkat saringan manakala acara fizikal bagi peringkat separuh akhir dan akhir. Tema bagi pertandingan kali ini adalah “Bangkit”. Tema ini dipilih sebagai memberi semangat dan motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa dunia. Program pertandingan ini telah dijalankan bertarikh pada 6 hingga 27 Mei 2023 iaitu bermula daripada sesi pendaftaran pada 6-19 Mei 2023, bengkel taklimat UMAC kepada peserta pada 20 Mei 2023, Saringan Video Motivasi dan suku akhir penilaian dan pengumuman kelayakan ke separuh akhir pada 22 hingga 25 Mei 2025, penilaian peringkat separuh akhir 27 Mei 2023 jam 8.00 pagi dan acara kemuncak program pertandingan UMAC pada 27 Mei 2023 bermula jam 8.00 Malam bertempat di Dewan Jauhari, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM.

Seramai 100 orang yang hadir bagi memeriahkan malam kemuncak pertandingan UMAC ini. Kehadiran peserta program ini adalah termasuk barisan jemputan tetamu kehormat Timbalan Naib Canselor HEPA, YBhg. Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Pengerusi Jemaah Pengetua daripada Kolej Canselor, Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah dan Ketua Bahagian BKUPM, Dr. Mazila binti Ghazali, barisan penjurian iaitu Juri Selebriti, Tuan Zaki bin Zainal, Juri Profesional, Tuan Shahrom bin Hassan, Juri UPM, Encik Redzuan bin Zamberi dengan kehadiran barisan 10 peserta finalis yang telah layak ke peringkat akhir pertandingan UMAC. Turut meriah dengan kehadiran Pengetua KOSASS, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri bin Muhammad Noor dan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Prof. Dr. Aminuddin bin Hassan bersama pelajar-pelajar daripada pelbagai Fakulti di UPM termasuk komitmen penuh daripada jawatankuasa program ini.

 

Cik Filda binti Mahashim, pelajar Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan telah menjadi juara Pertandingan UMAC 2023 kali ini dengan menerima hadiah wang RM500, piala pusingan berserta sijil, naib juara dimenangi oleh Encik Muhammad Muazzamuddin Musyrif bin Abd Razak, pelajar Bacelor Perakaunan dengan menerima hadiah wang RM350 berserta sijil dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Syaffi Syamini binti Selamad, Pelajar Bacelor Komunikasi dengan menerima hadiah wang RM250 berserta sijil. Tiga pemenang saguhati menerima hadiah wang RM50 berserta sijil.

Pegawai Kaunselor UPM, Encik Mohamad Za’im bin Rosli selaku Penyelaras UMAC pada tahun ini menyatakan "Alhamdulillah, program pertandingan UMAC Piala Timbalan Naib Canselor HEPA UPM Inter PTJ 2023 kali ini telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada pemenang! saya sangat bersyukur dengan komitmen penuh dan sokongan daripada semua yang terlibat sangat memberangsangkan. Kita akan berjumpa lagi pada pertandingan UMAC yang seterusnya nanti".

Segala berita dan maklumat hebahan yang terkini di Bahagian Kaunseling UPM boleh dapati dan dilayari di :
Laman sesawang : http://www.bkupm.upm.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/bkupm
Instagram : https://www.instagram.com/bahagiankaunselingupm
Tiktok : https://www.tiktok.com/@bkupm

Klik disini untuk galeri gambar program pertandingan UMAC
Piala Timbalan Naib Canselor HEPA UPM Inter PTJ 2023. Sumber foto: Cik Alya Irdina binti Zaily, Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian, Fakulti Sains UPM, Serdang.

Tarikh Input: 01/06/2023 | Kemaskini: 01/06/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAY~