Program Bangkit Semangat Pasca Covid-19 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Bangkit Semangat Pasca Covid-19

Program Bangkit Semangat Pasca Covid-19

SERDANG - Seramai 344 orang pekerja UPM telah mengikuti motivasi dan ilmu pengurusan emosi bertajuk "Terus Maju Usah Mundur" Santuni Emosi, pasca Covid-19. Daripada jumlah itu, sebahagian daripada peserta merupakan bekas pesakit Covid-19 yang sedang dalam proses pemulihan kendiri. Program ini memfokuskan pada pengurusan psikologi peserta agar mereka dapat menjaga psikologi diri dan mengurus emosi dengan baik seterusnya bangkit dari kesedihan dalam apa jua ujian yang sedang melanda.

Program secara dalam talian ini dijalankan pada 9 Julai 2021 yang melibatkan pekerja daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UPM. Menurut penceramahnya, En. Mohd Redzuan Zamberi, program ini menyediakan modul khusus yang dapat dipraktikkan oleh setiap peserta. Beliau berharap dapat membantu lebih ramai pekerja yang telah dijangkiti Covid-19 agar mereka tidak terus dirundum kesedihan dan dapat bangkit semula bermotivasi untuk meneruskan kehidupan akan datang. -UPM

Tarikh Input: 12/11/2021 | Kemaskini: 12/11/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTAj~