PROGRAM BASIC TRAINING OF FACILITATOR 2023 (BTOF) | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM BASIC TRAINING OF FACILITATOR 2023 (BTOF)

PROGRAM BASIC TRAINING OF FACILITATOR 2023 (BTOF)

UPM Serdang, 3 April - Program ini merupakan inisiatif Seksyen Kaunseling Pelajar dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa UPM bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran fasilitator yang berkesan. Program diadakan pada 18 Mac 2023 (Sabtu) bermula jam 10.00 Pagi sehingga 5.00 Petang. Program dilaksanakan melalui secara atas talian Aplikasi Google Meet. Seramai 476 orang pelajar UPM yang terlibat pada program ini.

Program Basic Training of Facilitators merupakan satu program yang memberi latihan kemahiran fasilitator dan kemahiran membantu bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Melalui program ini, individu akan dapat melatih diri dengan teknik dan aplikasi yang betul untuk menjadi fasilitator atau pembimbing rakan sebaya serta bijak menguruskan sesuatu kumpulan atau organisasi.

Impak program ialah untuk memberikan latihan fasilitator kepada pelajar bagi membantu rakan-rakan memberikan perkhidmatan bimbingan kepada rakan-rakan yang memerlukan dari segi emosi dan sokongan sosial.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Kemelia Omar selaku penyelaras program menyatakan "Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana program BTOF 2023 berjalan lancar seperti yang dirancang dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar. Semoga segala ilmu yang dipelajari menerusi program ini dapat diaplikasi dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan.

 

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAn~