PROGRAM CASE CONFERENCE PEKERTI@UPM 2025 ANJURAN SEKSYEN PEMBANGUNAN KENDIRI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » PROGRAM CASE CONFERENCE PEKERTI@UPM 2025 ANJURAN SEKSYEN PEMBANGUNAN KENDIRI

PROGRAM CASE CONFERENCE PEKERTI@UPM 2025 ANJURAN SEKSYEN PEMBANGUNAN KENDIRI

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

SERDANG, 28 Julai - Sebuah program Case Conference PEKERTI@UPM 2025 dengan tajuk Peranan Kaunseling Dalam menangani isu Psikososial individu LGBT, telah diadakan pada 10 Julai 2025 bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Bahagian Kaunseling UPM bagi memperkukuh kemahiran dan pengetahuan kaunselor berkaitan topik yang sangat taboo untuk dibincangkan.

Program ini telah berjaya dianjurkan pada hari ini dengan kehadiran 12 orang kaunselor Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah. Program ini turut menampilkan penceramah jemputan khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor,Puan Ratna Safura Kamal Shari yang merupakan seorang Pegawai Psikologi.

Program ini bertujuan memperkukuh peranan kaunselor dalam menangani isu-isu berkaitan orientasi seksual yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat. Antara topik yang dibincangkan termasuklah pendekatan kaunseling yang beretika, sensitiviti budaya dan agama, serta kaedah intervensi berasaskan bukti untuk membantu individu yang mengalami konflik identiti seksual.

Menurut Puan Ratna, “LPPKN komited dalam usaha memupuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Isu LGBT memerlukan pendekatan menyeluruh dan penuh empati, yang tidak hanya tertumpu kepada individu, tetapi juga kepada keluarga dan komuniti. Kaunselor perlu memainkan peranan sebagai pengantara yang menyokong proses perubahan secara positif dan berhemah.”

Sesi perbincangan kes turut dikendalikan oleh panel kaunselor berpengalaman yang berkongsi cabaran sebenar di lapangan, termasuk dilema etika, tekanan sosial, serta keperluan pemerkasaan emosi dalam kalangan remaja yang terlibat.

Encik Mohamad Ashaari Awab selaku Ketua Seksyen Pembangunan Kendiri, berkata, “Melalui case conference ini, kami berharap agar para kaunselor mendapat pencerahan dan keyakinan dalam mengendalikan kes-kes berkaitan LGBT secara profesional dan bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip kaunseling yang menghormati nilai individu dan keharmonian sosial.”

Program ini turut membuka ruang soal jawab interaktif dan jaringan kerjasama antara BKUPM serta LPPKN untuk meneruskan inisiatif intervensi yang inklusif dan berkesan.

Dengan adanya inisiatif seperti ini, diharapkan semua peserta akan mendapat manfaat dan program ini berjaya mencapai objektif iaitu memberikan ilmu pengetahuan kepada para kaunselor dan mereka akan bersedia untuk membantu klien yang menghadapi isu yang berkaitan LGBT nanti.

Tarikh Input: 30/07/2025 | Kemaskini: 30/07/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (09:54:10am-09:59:10am, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]