PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 1) : SELF HEALING & KESIHATAN MENTAL | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 1) : SELF HEALING & KESIHATAN MENTAL

PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 1) : SELF HEALING & KESIHATAN MENTAL

UPM Serdang, 28 April - Program Edutalk Kesihatan Mental (Siri 1) : Self Healing & Kesihatan Mental ini merupakan inisiatif Seksyen Kaunseling Pelajar dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa UPM untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga UPM dan komuniti tentang pentingnya memelihara kesihatan mental dengan baik dan mendapatkan rawatan awal bagi yang berkaitan. Program ini dilaksanakan pada 31 Mac 2023 (Jumaat) bermula jam 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah hari. Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Google Meet.

Program Edutalk Kesihatan Mental (Siri 1) : Self Healing & Kesihatan Mental ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga UPM dan komuniti mengenai kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik serta memberi kefahaman tentang kepentingan mendapatkan rawatan awal. Penglibatan peserta adalah seramai 480 orang peserta yang terdiri daripada 270 pelajar, 178 staf dan 12 orang komuniti. Impak Program Edutalk Kesihatan Mental (Siri 1) : Self Healing & Kesihatan Mental ini adalah untuk meningkatkan keprihatinan warga UPM dan komuniti tentang kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Kemelia Omar selaku penyelaras program menyatakan bersyukur kerana Program Edutalk Kesihatan Mental (Siri 1) : Self Healing & Kesihatan Mental ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UPM dan komuniti. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 29/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAn~