PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 2) : MEDIA SOSIAL & KEBIMBANGAN SOSIAL, ADA KAITAN ATAU TIDAK? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 2) : MEDIA SOSIAL & KEBIMBANGAN SOSIAL, ADA KAITAN ATAU TIDAK?

PROGRAM EDUTALK KESIHATAN MENTAL (SIRI 2) : MEDIA SOSIAL & KEBIMBANGAN SOSIAL, ADA KAITAN ATAU TIDAK?

UPM Serdang, 28 April - Program ini merupakan inisiatif daripada Seksyen Kaunseling Pelajar dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa UPM yang diadakan secara dalam talian (online) bertemakan "Kesihatan Mental". Penceramah jemputan merupakan seorang kaunselor berdaftar yang berpengalaman mengendalikan kes berkaitan kesihatan mental iaitu En Zuhdi Zakaria. Program Edutalk Kesihatan Mental Siri 2 ini dijalankan pada 14 April 2023 hari Jumaat bermula pada jam 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah hari. Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Google Meet.

Program ini terbuka kepada semua warga UPM dan komuniti yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik khususnya yang gemar melayari media sosial. Seramai 460 orang peserta yang terdiri daripada 390 orang pelajar, 35 pelajar dan enam orang komuniti. Impak program ini adalah untuk memberi kefahaman dan kesedarana mengenai kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik dan kesegeraan mendapatkan perawatan awal bagi yang memerlukan.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Kemelia Omar selaku penyelaras program menyatakan "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Program EduTalk Kesihatan Mental Siri 2 ini semakin mendapat sambutan hangat daripada warga UPM dan komuniti. Ramai juga di antara peserta yang ingin pihak BKUPM menjemput En Zuhdi Zakaria sebagai penceramah dalam program seterusnya secara fizikal. Semoga penganjuran program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 02/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAW~