Program Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar 2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM 127
» BERITA » Program Kesedaran Kesihatan Mental bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2024

Program Kesedaran Kesihatan Mental bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2024

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

SERDANG, 26 Disember - Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS) untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental 2024 pada 28 November 2024. Slot program ini dijalankan dengan kaedah kaunselor berkongsi tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan dalam masa yang sama pelajar perlu menjawab saringan kesihatan mental bagi mengetahui tahap kesihatan mental mereka. Program diadakan di Dewan Kuliah Hutan, FPAS bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang.

Pelaksanaan program ini bertepatan dengan keperluan dengan melihat situasi semasa bahawa kesihatan mental penting kepada semua. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar tentang pentingnya memelihara kesihatan mental dengan baik dan mendapatkan rawatan awal bagi yang berkaitan. Pelajar akan menjawab DASS 21 untuk mengetahui tahap kesihatan mental mereka.

Program ini melibatkan 50 orang peserta dan diadakan secara fizikal. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu membantu menilai tahap kesihatan mental para pelajar dan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan mental dan bersedia dengan teknik yang betul sekiranya menghadapi isu kesihatan mental. Program Kesedaran Kesihatan Mental yang dianjurkan adalah inisiatif dari Majlis Perwakilan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FORENSC) dengan tema “Break Inside The Cacoons”.

Presiden Majlis Perwakilan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FORENSC) memaklumkan bahawa program ini sangat penting untuk diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar pentingnya untuk menjaga ke4sihatan mental dan mendapatkan bantuan profesional jika menghadapi masalah berkaitan kesihatan mental. Pihak fakulti juga sangan menghargai kesudian pihak BKUPM untuk menyampaikan ceramah berkitan kesedaran kesihatan mental.

Melalui program ini diharapkan para pelajar lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi dalam meneruskan pengajian di UPM seterusnya berjaya bergraduat dengan jayanya.

 

 

 

Tarikh Input: 28/12/2024 | Kemaskini: 28/12/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (10:58:25pm-11:03:25pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]