Program Mengenalpasti Minat Kerjaya Secara Webinar Khas Untuk Pelajar Pusat Asasi UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Mengenalpasti Minat Kerjaya Secara Webinar Khas untuk Pelajar Pusat Asasi UPM

Program Mengenalpasti Minat Kerjaya Secara Webinar Khas untuk Pelajar Pusat Asasi UPM

SERDANG – Seramai  429 peserta telah menyertai Webinar yang telah dianjurkan oleh Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM). Program tersebut telah berlangsung sebanyak 14 siri bermula 28 Mac sehingga 04 April 2020. Semua peserta adalah terdiri daripada pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (ASPER UPM).

Disebabkan BKUPM tidak beroperasi secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru pihak seksyen mengambil pendekatan bagi menjalankan sesi bimbingan kelompok melalui atas talian. Webinar ini adalah satu inisiatif untuk meneruskan memberi bimbingan dan menyampaikan maklumat kepada pelajar menerusi platform GoToMeeting. Kaunselor yang terlibat dalam program terdiri daripada Encik Mohamad Ashaari Awab selaku Ketua Seksyen dan dibantu oleh Encik Ansarul Haq Tahrir Adli dan Puan Noorihayatti Noorudin.

Antara intipati pogram ini adalah memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengenalpasti personaliti dan minat kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka. Selain itu pelajar juga diberikan panduan dan maklumat mengenai jenis-jenis rujukan seperti panduan program pengajian, deskripsi pekerjaan dan laman sesawang sebagai info tambahan. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai persediaan dan strategi untuk menghadiri temuduga. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk membuat keputusan yang terbaik dalam pemilihan kursus pengajian ke peringkat Bacelor.

 

Webinar ini telah berlangsung selama satu jam bagi setiap sesi. Ianya adalah suatu kejayaan kerana mampu menyampaikan maklumat dan menghubungkan pelajar dari pelbagai tempat tatkala di bawah PKP. Melihat kepada kejayaan ini, sememangnya ia adalah di luar norma kebiasaan namun ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Tarikh Input: 22/05/2020 | Kemaskini: 01/07/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdAAy~