PROGRAM MOTIVASI PUTRA SIRI 3 KEMBARA EMOSI MERENTASI TANAH SUCI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » PROGRAM MOTIVASI PUTRA SIRI 3 "KEMBARA EMOSI MERENTASI TANAH SUCI"

PROGRAM MOTIVASI PUTRA SIRI 3 "KEMBARA EMOSI MERENTASI TANAH SUCI"

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

SERDANG, 30 Oktober - Seksyen Kesihatan Mental, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah diamanahkan untuk menjalankan Program Motivasi Putra Siri 3 2024, dengan tajuk “Kembara Emosi Merentasi Tanah Suci” pada 18 Oktober 2024.

Program ini melibatkan 1,395 orang peserta dan diadakan secara online menggunakan platform Zoom dan secara Live di Facebook Bahagian Kaunseling UPM. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu peserta mendapat perkongsian pengalaman daripada Penceramah Jemputan iaitu Puan Nurul Hidayah Mat Sarip, Pegawai Psikologi dari Unit Psikologi dan Kaunseling, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Puan Nurul Hidayah Mat Sarip merupakan Pegawai Psikologi yang terpilih untuk bertugas di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tabung Haji semasa Musim Haji 2024. Antara perkongsian daripada penceramah ialah Tips 3 S iaitu Sabar, Senyum dan Sokong. Dalam melaksanakan tugas, jika kita menerima kerja yang mencabar, kita perlu sabar dan kerana dengan sabar, kita akan kekal bertenang. Senyum juga adalah cara untuk membantu kita fokus kepada kerja yang akan dilaksanakan. Gabungan antara sabar dan senyum akan memberikan emosi yang positif. Manakala sokong juga sebagai cara untuk mengawal emosi. Selain daripada itu, penceramah juga menyatakan bahawa perkongsian dengan orang yang kita percaya sangat membantu mengurangkan emosi yang tidak okay.

Program ini mencapai objektif iaitu peserta dapat mempelajari teknik dalam mengawal emosi sepertimana yang dikongsikan oleh penceramah yang mana teknik ini diamalkan oleh penceramah semasa menjalankan tugas.

Melalui perkongsian ini peserta dapat mengaplikasikan apa yang dikongsikan oleh penceramah dalam pekerjaan dan juga kehidupan iaitu bagaimana mengawal emosi dan menerima tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan tenang dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas.

  

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (07:47:00pm-07:52:00pm, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]