Program Perkahwinan Bahagia, Kerjaya Cemerlang Raih Lebih 250 Peserta | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Perkahwinan Bahagia, Kerjaya Cemerlang Raih Lebih 250 Peserta

Program Perkahwinan Bahagia, Kerjaya Cemerlang Raih Lebih 250 Peserta

Serdang, 1 November- Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM telah menjalankan program yang memberi fokus kepada kepentingan keseimbangan dalam kehidupan perkahwinan dan kerjaya. Program ini dijalankan secara maya melalui aplikasi zoom telah dihadiri lebih 250 orang peserta daripada pelajar, staf dan komuniti luar. Program yang menarik ini telah disampaikan oleh Kaunselor Perkahwinan dan Tik Tokers Terkenal iaitu En. Mohd Redzuan Zamberi. Perkongsian ilmu selama 4 jam tanpa henti itu telah mendapatkan sokongan yang komitmen berterusan oleh peserta program.

Antara ilmu yang telah dikongsikan adalah tips keseimbangan antara perkahwinan dan kerjaya, teknik perkahwinan bahagia, batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam suasana kerjaya, dan cara membina hala tuju kerjaya yang cemerlang. Perkongsian ilmu adalah salah satu medium yang sangat membantu semua pelajar dan staf di UPM dalam membantu mereka mencapai keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya. Menerusi penilaian program, ramai peserta sangat berpuas hati dan memohon melanjutkan topik ini kepada beberapa siri program dan kerap dijalankan. Hasil daripada keputusan penilaian program menunjukkan keyakinan peserta meningkat dalam mengendalikan keseimbangan kehidupan perkahwinan dan kerjaya.

Menurut Ketua Bahagian, Dr. Mazila Ghazali sangat berpuas hati dengan perlaksanaan program ini kerana ia memberikan ilmu pengetahuan yang baik dan boleh digunakan sepanjang perkembangan kerjaya serta berharap program ini memberi pelbagai manfaat yang holistik secara pembangunan diri sebagai individu yang bekerjaya.

Tarikh Input: 23/11/2022 | Kemaskini: 23/11/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWA2~