PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL 2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL 2024

PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL 2024

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

SERDANG, 31 Julai 2024 - Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Pusat Asasi Sains UPM untuk Program Putra Cakna Kesihatan Mental 2024 Siri 1. Slot ini merupakan salah satu pengisian penting yang mana pelajar perlu menjawab saringan kesihatan mental bagi mengetahui tahap kesihatan mental mereka dan dalam masa yang sama kaunselor berkongsi tentang pentingnya menjaga kesihatan mental.

Program ini telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2024 dengan melihat situasi semasa bahawa kesihatan mental penting kepada semua. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar tentang pentingnya memelihara kesihatan mental dengan baik dan mendapatkan rawatan awal bagi yang berkaitan. Pelajar akan menjawab DASS 21 untuk mengetahui tahap kesihatan mental mereka.

Program ini melibatkan 700 orang peserta dan diadakan secara fizikal. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu membantu menilai tahap kesihatan mental para pelajar baharu Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia dengan menjawab DASS 21 dan mereka juga perlu bersedia dari segi kesihatan diri dan fizikal untuk meneruskan sesi akademik yang padat sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Pelajar juga mendapatkan maklumat yang ringkas dan padat tentang stres, kerisauan dan kemurungan serta apa yang perlu mereka lakukan sekiranya menghadapi perkara tersebut.

Melalui program ini diharapkan para pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi dalam meneruskan pengajian di UPM seterusnya berjaya menamatkan program asasi sains dengan jayanya selama setahun sebelum ke peringkat seterusnya iaitu ke peringkat ijazah.

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (05:31:49am-05:36:49am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]