setting39.216.73.216.124, 172.17.224.1 PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL SIRI 2 BERSAMA PESERTA KPO MEGA 2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL SIRI 2 BERSAMA PESERTA KPO MEGA 2024

PROGRAM PUTRA CAKNA KESIHATAN MENTAL SIRI 2 BERSAMA PESERTA KPO MEGA 2024

Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

SERDANG, 30 Oktober - Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk Program Putra Cakna Kesihatan Mental 2024 Siri 2 pada 6 September 2024 yang bertempat di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun UPM. Slot ini merupakan salah satu pengisian penting yang mana pelajar perlu menjawab saringan kesihatan mental bagi mengetahui tahap kesihatan mental mereka dan dalam masa yang sama kaunselor berkongsi tentang pentingnya menjaga kesihatan mental.

Program ini telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2024 dengan melihat situasi semasa bahawa kesihatan mental penting kepada semua. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar tentang pentingnya memelihara kesihatan mental dengan baik dan mendapatkan rawatan awal bagi yang berkaitan. Pelajar akan menjawab DASS 21 untuk mengetahui tahap kesihatan mental mereka.

Program ini melibatkan 350 orang peserta dan diadakan secara fizikal. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu membantu menilai tahap kesihatan mental para pelajar yang merupakan bakal Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Universiti Putra Malaysia dengan menjawab DASS 21 dan mereka juga perlu bersedia dari segi kesihatan diri dan fizikal untuk meneruskan sesi akademik yang padat dan dalam masa yang sama perlu menjalankan tugas sebagai pemimpin di peringkat kolej kediaman.

Melalui program ini diharapkan para pelajar yang terpilih sebagai bakal Majlis Perwakilan Kolej (MPK) lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin di kolej kediaman dan sebagai duta membantu pihak pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman seterusnya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

 

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (09:08:33pm-09:13:33pm, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]