Program RNR Al-Quran Perdana | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program RNR Al-Quran Perdana

Program RNR Al-Quran Perdana

Program RNR Al-Quran Perdana telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ogos 2019, bertempat di Hospital Pengajaran, Universiti Putra Malaysia. Seramai 350 orang peserta yang telah menyertai program. Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pekerja yang telah mengikuti motivasi pembelajaran Al-Quran yang telah bermula pada April hingga Julai 2019.

 

Melalui Program Motivasi Al Quran yang diadakan pada setiap hari Khamis pada setiap minggu, peserta yang terdiri daripada pekerja UPM, memberi komitmen untuk mempelajari teknik dan bacaan Al-Quran yang betul, sekaligus para peserta dapat meningkatkan motivasi dalaman melalui kemahiran membaca Al Quran yang perlu diamalkan pada setiap hari. Selain itu dapat melatih pekerja UPM untuk sentiasa mempraktikkan bacaan dengan tajwid yang betul dan juga dapat menghayati nilai kebaikan dan spiritual dalam diri pekerja UPM.

 

Semasa program RNR Al-Quran Perdana, turut diadakan perkongsian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Kandungan ceramah yang disampaikan dapat mebuka minda dan hati untuk terus bekerja dengan baik, satu perkataan yang sangat menarik yang disampaikan adalah “Hidup di dunia ini memang untuk berpenat-penat”, jadikan urusan dunia ini supaya saham akhirat dapat kita kumpulkan.

Tarikh Input: 07/11/2019 | Kemaskini: 07/11/2019 | aimrosli

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXETPAa~