PROGRAM SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT) 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT) 2023

PROGRAM SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT) 2023

UPM Serdang, 8 November – Program Selangor Mental Sihat (Sehat) 2023 ini merupakan inisiatif Unit Intervensi Pelajar, Seksyen Kaunseling Pelajar Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Kelab Rakan Siswa (KRS) UPM dan Majlis Perwakilan Kolej Canselor untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar mengenai kemahiran asas menolong apabila berhadapan dengan rakan-rakan yang berisiko mengalami krisis kesihatan mental. Program ini dilaksanakan bertarikh pada 4 November 2023 hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang yang bertempat di Dewan Kolej Canselor UPM. Tujuan program ini dilaksanakan adalah kerana ianya dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenalpasti tanda-tanda verbal dan non verbal individu yang mengalami krisis kesihatan mental. Selain daripada itu, ianya memberi kefahaman kepada pelajar kemahiran untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang mengalami peristiwa trauma dan kecemasan. Begitu juga, ianya dapat meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap isu kesihatan mental.

Program Selangor Mental Sihat (Sehat) 2023 telah disampaikan oleh dua (2) orang penceramah iaitu Puan Nur Aini Alegrea Suner selaku Pensyarah, Clinical Psychologist di International Islamic University Malaysia (UIAM) dan Prof. Madya. Dr. Pamilia Lourdunathan selaku Pensyarah, Jabatan Psikologi UIAM. Seramai 50 orang pelajar yang menghadiri ke program ini dengan jayanya. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kefahaman dan kemahiran asas menolong kepada pelajar mengenai kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik dan kesegeraan mendapatkan perawatan awal bagi yang memerlukan. Puan Kemelia binti Omar, Pegawai Psikologi UPM selaku penyelaras program ini menyatakan "bersyukur kerana program ini berjalan lancar dan mendapat komitmen yang sangat baik daripada pelajar. Diharap agar apa yang dipelajari melalui program ini boleh diaplikasikan kepada diri dan orang di sekeliling mereka kelak."

 

      

Gambar: Kenangan Program Selangor Mental Sihat (Sehat) 2023 bersama pelajar

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXAx~