Program Your Mind Matters : Positive Notes Project And Therapy Booth Di FPSK | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Program Your Mind Matters : Positive Notes Project and Therapy Booth di FPSK

Program Your Mind Matters : Positive Notes Project and Therapy Booth di FPSK

Oleh : Cik Ong Xin Ting

SERDANG, 25 Mei - Your Mind Matters : Positive Notes Project and Therapy Booth. Pada 15 Mei 2024 (Rabu), tiga kaunselor pelatih telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Perubatan dan Sains (FPSK) untuk bekerjasama dalam menjalankan program Your Mind Matters: Positive Notes Project and Therapy Booth. Program ini telah dilaksanakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Lokasi program adalah di Student Plaza, FPSK.

Program ini merupakan inisiatif MPP FPSK untuk menyediakan satu platform kepada semua warga pelajar FPSK untuk ‘healing’ dari segi mental dan fizikal. Aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah ‘Positive Notes Project’ dan ‘Therapy Booth’. Aktiviti ‘Positive Notes Project’ memberi peluang kepada pelajar untuk menulis nota positif dan menghantar mesej positif kepada orang lain. Aktiviti ‘Therapy Booth’ merangkumi booth seperti ‘sand therapy’, ‘art therapy’ dan inventori-inventori. Semua booth ini menyediakan perkhidmatan terapi dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan bantuan mental dan emosi.

Program ini telah disertai oleh sejumlah 252 pelajar FPSK dengan meriah dan penuh semangat. Pelajar FPSK telah memberi pujian yang sangat tinggi selepas menyertai program dan berharap MPP FPSK boleh menganjurkan banyak program seperti ini pada masa depan. Warga pelajar FPSK memuji bahawa program ini sangat menarik dan bermanfaat untuk mereka. Penganjur program ingin memupuk budaya kesihatan mental yang positif dan memberikan sokongan kepada warga pelajar FPSK yang memerlukan. Penganjur program juga berhasrat agar program ini dapat menjadi titik permulaan bagi semua warga pelajar FPSK untuk lebih menghargai dan menjaga kesihatan mental mereka serta memperjuangkan kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna.

 

 

  

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (12:24:44pm-12:29:44pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]