PROGRAM ZIARAH AKRAB, SANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PROGRAM ZIARAH AKRAB, SANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF

PROGRAM ZIARAH AKRAB, SANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF

UPM Serdang, 3 Julai - Program Ziarah AKRAB, Santuni Anak Yatim dan Asnaf diadakan adalah kesinambungan daripada Program CSR Pra AKRAB yang telah dilaksanakan pada 22 Oktober tahun lalu bertempat di sekitar kawasan UPM. Antara lokasi yang terlibat adalah seperti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Pengajian Pendidikan dan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Sehubungan itu, pada tahun ini Ahli AKRAB UPM mengambil inisiatif dan tanggungjawab sosial untuk meneruskan program ini dengan menziarahi dan menyantuni anak-anak di Rumah Bakti Nur Ain, Bangi agar silaturrahim yang terbentuk akan terus terjalin.

    

Gambar: Program senam bersama Anak Yatim dan Asnaf di rumah Bakti Nur Ain, Bangi dan sumbangan diberikan.

Program ini dijalankan pada 24 Jun 2023 hari Sabtu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang di rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Program yang akan dilaksanakan ini merupakan salah satu inisiatif daripada ahli AKRAB UPM dengan kerjasama Bahagian Kaunseling UPM dan Sahabat Masjid UPM sebagai satu bentuk sumbangan dan tanggungjawab sosial kepada komuniti.

Seramai 40 orang telah terlibat dalam menjayakan program. Mereka terdiri daripada 17 orang anak yatim dan asnaf, 12 orang Ahli AKRAB, tiga (3) orang Pegawai Psikologi dari Seksyen Kaunseling Pekerja, dua (2) Pengurus Rumah Bakti, seorang Sahabat Masjid dan enam (6) orang komuniti. Dengan menyumbang bakti dan menyebar luas perkhidmatan kepada individu yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan kasih sayang. Selain itu, program ini dapat memberikan impak kepada anak yatim dan asnaf serta ahli AKRAB dalam menghayati kemahiran menolong dan menyuntik motivasi dalam kalangan semua peserta.

  

Gambar: Aktiviti mewarna berkumpulan dan karya seni

Dr. Azlina binti Mohd Khir selaku pengarah program AKRAB UPM menyatakan "Menerusi program ini diharap agar dapat membimbing anak-anak mengenali potensi diri dan membuat perancangan kearah mencapai kejayaan pada masa akan datang".

Gambar: Kenangan bersama Anak Yatim dan Asnaf di rumah Bakti Nur Ain, Bangi

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXA3~