PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA (SIRI 2) : APA ITU TRANSFERABLE SKILLS? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA (SIRI 2) : APA ITU TRANSFERABLE SKILLS?

PUTRA CAREER ADAPTABILITY, BORAK-BORAK KERJAYA (SIRI 2) : APA ITU TRANSFERABLE SKILLS?

UPM Serdang, 31 Mei - Program ini merupakan aktiviti wacana ilmu yang diadakan khas buat pelajar UPM dalam menambahkan ilmu berkaitan kerjaya. Program ini dijalankan atas kerjasama bersama MPK, Kolej Tun Dr. Ismail. Program ini berlangsung selama dua jam perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Syarifah Sheril Azlin, Pegawai Psikologi BKUPM. Program ini telah dihadiri sebanyak 120 orang pelajar UPM. Program ini dijalankan pada 26 Mei 2023 bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam melalui platform atas talian Aplikasi Zoom.

Kepentingan pemahaman dan pengetahuan yang jelas berkaitan Transferable Skills menjadi faktor utama program ini dijalankan. Pemerhatian dan temubual ringkas telah dijalankan kepada pelajar UPM, dan rata-rata menyatakan tentang kurangnya pengetahuan mereka tentang Transferable Skills. Sehubungan itu, program ini dijalankan dan telah diwarkan secara holistik kepada semu pelajar UPM. Pelajar UPM telah mendapat manfaat dalam program ini berkaitan apa itu transferable skills, contoh-contoh transferable skills, senarai semak transferable skills, dan perancangan pelajar untuk mendapatkan kemahiran sepanjang pengajian. Seramai 120 orang pelajar UPM yang terdiri pelbagai tahun pengajian.

Impak program adalah memberi pengetahuan yang jelas tentang transferable skills. Ini membantu pelajar UPM dalam membina kemahiran sekaligus melatih mereka untuk kehidupan bekerja kelak. Hasrat penganjur program Bahagian Kaunseling UPM adalah pelajar UPM boleh merancang secara teliti dalam membina kemahiran sekaligus membantu mereka menarik perhatian bakal majikan kelak. Ini adalah satu kaedah yang sangat penting bagi mencapai kepuasan bekerja buat graduan UPM.

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXA3~