Putra Career Be Ready, Persediaan Kendiri Sebelum Jalani Latihan Industri | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Putra Career Be Ready, Persediaan Kendiri Sebelum Jalani Latihan Industri

Putra Career Be Ready, Persediaan Kendiri Sebelum Jalani Latihan Industri

Serdang, 19 Jan – Seramai 80 orang peserta menyertai program Be Ready melalui pendekatan ceramah secara dalam talian. Seskyen Kaunseling Kerjaya, BKUPM telah mengambil inisiatif pelaksanaan program sebegini apabila melihat situasi semasa bahawa persediaan diri pelajar juga penting sebelum menjalani Latihan Industri dalam bidang lapangan masing-masing.

Objektif utama pelaksanaan program Be Ready ini dilihat dapat membantu pelajar memahami dengan lebih lanjut mengenai diri iaitu berkaitan minat, personaliti, kemahiran dan kekuatan diri. Selain itu, pelajar juga dibantu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan emosi dan imej diri sebelum menjalani latihan industri. Pelajar juga perlu bersedia dari segi emosi, fizikal dan mental sebelum berada dalam situasi pekerjaan sebenar.

Kali ini, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) bekerjasama dengan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi UPM sebagai pemula pelaksanaan program Putra Career Be Ready. Program ini memberi tumpuan khusus kepada para pelajar tahun akhir sahaja. Asas pelaksanaan program agar dapat  memberikan bimbingan dan maklumat berkenaan perancangan dan persediaan diri sebelum pelajar menjalani latihan industri selama satu semester.

 

Melalui program ini diharapkan pelajar dapat mempersiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum menjalani latihan industri selain dapat memberi pelajar celik akal untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kekuatan diri yang dimiliki agar dapat mencapai kepuasan bekerja secara maksimum berkenaan keselarasan antara minat kerjaya dan persekitaran kerja sehingga dapat mencetuskan kepuasan dan keseronokan bekerja yang bakal ditempuhi kelak.- UPM.

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXAI~