PUTRA CAREER SUCCESS 2024 BANTU PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL, EMOSI, KOMUNIKASI DAN TINGKAHLAKU | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PUTRA CAREER SUCCESS 2024 BANTU PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL, EMOSI, KOMUNIKASI DAN TINGKAHLAKU

PUTRA CAREER SUCCESS 2024 BANTU PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL, EMOSI, KOMUNIKASI DAN TINGKAHLAKU

Oleh: Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin (K.B,P.A)

SERDANG,  17 Jan - Program Putra Career Success 2024 ini dijalankan adalah kerjasama antara Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM bagi membantu pelajar Fakulti berkenaan persediaan kendiri sebelum Latihan Industri. Peserta berkenaan dikongsikan ilmu berkaitan Career Self-Care Aid iaitu persediaan fizikal, emosi, komunikasi dan etiket profesional untuk Latihan Industri hujung bulan Februari kelak. 

Perkongsian topik ini disampaikan oleh Puan Syarifah Sheril Azlin, Ketua Unit Pembangunan Kerjaya, Bahagian Kaunseling. Program ini dijalankan pada 15 Januari 2024 bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang yang bertempat di Kompleks B, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM. 

Program Putra Career Success 2024 ini telah memberi peluang pelajar bersedia untuk apa jua cabaran yang bakal dilalui ketika latihan industri kelak.  Di akhir program ini, didapati pelajar telah bersetuju menyatakan pemahaman, keyakinan dan tahap persediaan mereka meningkat menghadapi Latihan Industri (rujuk Infografik program). Seramai 68 orang peserta program ini yang terdiri daripada pelajar Bacelor Pengurusan Alam Sekitar dan Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar UPM.

Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin (K.B,P.A) selaku penyelaras program menyatakan "infografik ini sebagai pengetahuan kepada semua pembaca dan program ini dalam perancangan untuk diadakan lebih banyak siri pada tahun akan datang dan semoga dengan hadirnya program sebegini dapat mempertingkatkan semangat dan memperluaskan pengetahuan dalam pembinaan kerjaya bermulanya latihan industri serta ianya memberi manfaat yang baik buat semua dan khususnya buat pelajar." Untuk mendapatkan informasi menarik Kaunseling Kerjaya dan pertanyaan lanjut boleh layari laman sesawang Bahagian Kaunseling UPM di www.bkupm.edu.my

 

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCA7~