PWC Raih Lebih 37Ribu Tontonan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » PWC Raih Lebih 37Ribu Tontonan

PWC Raih Lebih 37Ribu Tontonan

SERDANG: Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa (KRS) telah menganjurkan Program Putra Wellness Carnival (PWC) khusus untuk warga UPM. Program ini telah berlangsung bermula 5 sehingga 18 April 2021. Kaedah pelaksanaan program adalah mengikut norma baharu iaitu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, Facebook Live dan Instagram.

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang kebaikan, manfaat dan kesesuaian kaunseling sebagai alternatif kepada semua dan kepentingan memelihara kesihatan mental. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan modal insan yang memenuhi komponen-komponen utama dalam pasaran kerja serta memberi ciri-ciri yang diperlukan oleh organisasi menepati Revolusi Industri (IR4).

Di samping itu, memberi pengetahuan tambahan kepada Pegawai Psikologi UPM menerusi penyertaan serta dapat berkongsi pengetahuan kepada warga UPM kelak.

Program telah dimulakan dengan ucapan Aluan daripada Encik Mohamad Ashaari Awab yang merupakan Pengarah Program PWC dan dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mazila Ghazali selaku Ketua Bahagian Kaunseling UPM. Turut bersama adalah barisan Pegawai Psikologi UPM, Ahli Kelab Rakan Siswa, warga UPM serta komuniti.

Seramai 37,627 penonton telah menyertai pogram menerusi Facebook Live dan Instagram manakala penyertaan menerusi aplikasi Zoom adalah seramai 5, 376 orang yang terdiri daripada 3,967 pelajar, 1,165 pekerja dan 244 komuniti.

Sebanyak 9 slot telah dilaksanakan dengan pemilihan topik yang sangat menarik serta penceramah jemputan yang pastinya dapat memukau para peserta.

Diharapkan inisiatif penganjuran program Putra Wellness Carnival dapat meningkatkan kesejahteraan secara holistik buat warga UPM sama ada dari kalangan pekerja mahupun pelajar dalam mendepani situasi mencabar akan datang. Di samping itu, semoga warga UPM lebih komprehensif serta inklusif dalam merealisasikan dan mencapai matlamat diri dan organisasi. - UPM

 

Tarikh Input: 12/11/2021 | Kemaskini: 17/11/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBEAl~