READ@UNI SIRI 2. BE A HERO : MENGGAPAI SUPER POWER INSANIAH | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » READ@UNI SIRI 2. BE A HERO : MENGGAPAI SUPER POWER INSANIAH

READ@UNI SIRI 2. BE A HERO : MENGGAPAI SUPER POWER INSANIAH

UPM Serdang, 27 April - Program ini merupakan inisiatif Seksyen Kaunseling Pekerja dengan kerjasama daripada semua warga Bahagian Kaunseling UPM bagi menggalakkan budaya membaca dan cintakan ilmu. Ia juga selaras dengan kempen READ@UNI yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi disetiap universiti termasuk UPM dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan staf. Program dijalankan pada 18 April 2023 bermula pada jam 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari yang bertempat di Auditorium BKUPM, secara atas talian Aplikasi Zoom dan juga Live FB BKUPM.

Program ini dilaksanakan untuk mengajak lebih ramai warga UPM untuk mendengar perkongsian positif daripada buku yang dipilih oleh panel kali ini (Encik Mohd Redzuan Zamberi, Ketua Seksyen Kauseling Kerjaya, BKUPM). Melalui perkongsian seperti ini, diharapkan agar minat peserta untuk membaca buku yang dikongsikan tersebut tercetus seterusnya mewujudkan keterujaan untuk membaca dan budaya membaca akan terus subur dikalangan warga UPM.

Jumlah penyertaan adalah sebanyak 247 orang yang meliputi 237 orang staf UPM, 4 orang pelajar dan 3 orang peserta luar. Impak program kepada para panel adalah semangat berkongsi ilmu dan penghayatan ilmu melalui buku yang dibaca semakin tinggi. Manakala impak program kepada warga UPM adalah sikap cintakan ilmu, pembelajaran sepanjang hayat seterusnya meningkatkan motivasi positif.

Pegawai Kaunselor UPM, Encik Mohamad Ashaari bin Awab selaku penyelaras program menyatakan bersyukur kerana program kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan serta penilaian yang baik dari para peserta. Rata-rata para peserta menyatakan penghargaan (melalui borang penilaian) terima kasih dan mengharapkan lebih banyak program seperti ini dijalankan.

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 29/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBEAJ~