Rehat Dan Rawat : Terapi Insani Jiwa Harmoni Beri Impak Positif Kepada AKRAB UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » Rehat dan Rawat : Terapi Insani Jiwa Harmoni Beri Impak Positif Kepada AKRAB UPM

Rehat dan Rawat : Terapi Insani Jiwa Harmoni Beri Impak Positif Kepada AKRAB UPM

Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

SERDANG, 30 April - Majlis Perkongsian Ilmu AKRAB UPM merupakan insiatif yang pertama kalinya oleh Bahagian Kaunseling dan AKRAB UPM bertujuan membudayakan perkongsian ilmu dikalangan AKRAB UPM dan meraikan bakal haji Ahli AKRAB UPM yang akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi.


Majlis diadakan pada 28 April 2025 (Isnin) jam 9.00 pagi di Auditorium bermula dengan kata aluan Penyelaras AKRAB 2025, Pn Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin. Seterusnya penyampaian penghargaan kepada mantan Penyelaras AKRAB iaitu En Muhamad Ashaari Awab. Perkongsian ilmu kali ini disampaikan oleh Ustaz Norhisyam yang juga selaku Pengerusi AKRAB UPM bagi sesi ini telah membawakan tajuk: Rawat & Rehat- Terapi Insani Jiwa Harmoni. Penyampaian secara bersahaja oleh Ustaz Norhisyam tetapi penuh dengan info perkongsian yang padat telah mendapat tumpuan ahli AKRAB sepanjang majlis berlangsung.


Dr. Mazila Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling UPM yang juga turut hadir dalam majlis perkongsian ilmu ini memberi maklum balas positif, ‘Rasa tidak puas dan sangat seronok dengan perkongsian ilmu disampaikan oleh ustaz, nanti boleh kongsi lagi’. Ini menunjukkan ia memberikan impak positif kepada peserta yang hadir. Antara intipati perkongsian ilmu yang menarik disampaikan adalah terapi diri menggunakan zikir, ayat al-quran, hebatnya air dalam proses penyembuhan jiwa, cara-cara sembuh daripada penyakit ain dan pelbagai lagi. Semoga majlis ini mendapat manfaat buat semua ahli AKRAB dan peserta yang hadir.


Kesempatan ini juga Bahagian Kaunseling ingin mengucapkan TAHNIAH kepada ahli AKRAB yang telah mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah Haji 1446H. "Semoga selamat pergi dan kembali, juga mendapat haji mabrur". Berikut adalah nama ahli AKRAB yang bakal mengerjakan haji tidak lama lagi :-

1) Dr. Jamali Janib (FRSB)

2) Puan Siti Azizah Yaacub (SPE)

3) Dr. Noranizan Mohd Adzahan (Food Tech)

4) Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin (PIU)

Hujung program, semua peserta menjamu selera hasil dari potluck sambutan hari raya AidilFitri.

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (01:50:18pm-01:55:18pm, 22 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]