REKS SHORT ESCAPE 2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » REKS SHORT ESCAPE 2024

REKS SHORT ESCAPE 2024

Oleh : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.:P.A.

SERDANG, 6 Feb - Rekreasi Short Escape merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Bahagian Kaunseling UPM. Program Rekreasi Short Escape diadakan pada 20 Januari 2024 (Sabtu) bermula jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang yang bertempat di Sungai Congkak Recreational Forest. 

Program Rekreasi Short Escape ini merupakan program pertama yang memfokuskan kepada pelajar yang mempunyai masalah akademik sebagai kumpulan sasaran. Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar bacelor daripada Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang mempunyai nilai CGPA di bawah 3.00. Antara aktiviti dilaksanakan adalah 'ice breaking' iaitu aktiviti regangan dan panaskan badan, Slot utama iaitu melakukan gamifikasi, 'race in life'. Peserta memahami tiga (3) objektif utama, perancangan kehidupan, strategi mencapai misi dan bersedia dengan ujian/kegagalan. Aktiviti petang merupakan aktiviti santai di sungai bagi mengalami terapi alam. Dengan melaksanakan aktiviti rekreasi dan perkongsian input bermanfaat bersama Pegawai Psikologi UPM kepada pelajar memberi impak bagi pertingkatkan sahsiah diri pelajar. Selain daripada itu, Pelaksanaan program di kawasan hijau ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seperti dapat menghirup udara bersih dan badan menjadi sihat dan ceria.

 

Seramai 25 orang pelajar daripada Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang terdiri daripada pelbagai latar belakang program pengajian. Program ini diadakan sebagai pemangkin semangat para pelajar supaya tidak berputus asa demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan seterusnya menjadi mahasiswa yang lebih cemerlang di masa yang akan datang. Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.:P.A., Pegawai Psikologi menyatakan bahawa "Program sebegini harus dijalankan bagi memantapkan motivasi para pelajar di samping memberikan nafas baharu kepada mereka dalam berjuang menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Sokongan padu yang diberikan dapat membantu para pelajar lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menempuh semester yang baharu. Semoga Maju Jaya pelajar!"

   

 

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAs~