RERUAI BKUPM SEMPENA PERUTUSAN 100 HARI NAIB CANSELOR DAN AMANAT 2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » RERUAI BKUPM SEMPENA PERUTUSAN 100 HARI NAIB CANSELOR DAN AMANAT 2024

RERUAI BKUPM SEMPENA PERUTUSAN 100 HARI NAIB CANSELOR DAN AMANAT 2024

Oleh : Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad (K.B,P.A)

SERDANG, 31 Jan - Tahun baharu 2024 telah menjelma, pastinya dengan semangat baharu! BKUPM tidak terkecuali turut serta bersama warga UPM bagi mendengar Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024 oleh YBhg. Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada 24 Januari 2024 bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. UPM memfokuskan empat kerangka hala tuju strategik pada Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024 berteraskan bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

YBhg. Naib Canselor berkata, empat kerangka hala tuju strategik adalah fungsi utama UPM yang menekankan pertanian dan keterjaminan makanan sebagai teras, memfokuskan kepada Matlamat Pendidikan Tinggi dan Aspirasi Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Matlamat Nasional Malaysia Madani dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS).

Bagi 2024, BKUPM akan meneruskan perancangan strategik 2024 berpandukan kepada kerangka Pelan Strategik HEPA 2021-2025, Pelan Strategik Pemerkasaan Putra HEPA (Holistic, Empowerment, Patriotism and Advancement) yang selari dengan the True North of UPM, dan pasti tanggung jawab digalas BKUPM akan disempurnakan sebaiknya.

BKUPM pada kali ini turut diberi peluang mempromosikan perkhidmatan kepada warga UPM dan semua yang turut hadir. Reruai BKUPM pada kali ini selain mempromosikan perkhidmatan kaunseling, turut juga mempamerkan produk inovasi perkhidmatan antaranya I-Pack iaitu satu set alat bantuan sokongan khusus bagi klien yang mengalami anxiety. BKUPM juga turut mempamerkan produk inovasi Kad Pembinaan Kerjaya, alatan bagi teknik corporate massage dan pelbagai lagi.

Semua kaunselor BKUPM telah turut serta bertemu pelanggan tidak terkecuali ahli AKRAB UPM yang turut serta. BKUPM bagi tahun 2024 akan terus aktif turun padang bertemu warga UPM agar perkhidmatan sokongan psikologi dan emosi sampai kepada semua warga. Jumpa kami lagi nanti!

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeVAe~