SANTAI BERSAMA KAUNSELOR DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » SANTAI BERSAMA KAUNSELOR DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

SANTAI BERSAMA KAUNSELOR DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

UPM Serdang, 25 Oktober – Program Santai Bersama Kaunselor di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) diadakan pada 19 Oktober 2023 hari khamis bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 1.30 petang yang bertempat di Bilik Jemaah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Program ini disediakan bagi menwujudkan suasana ruang santai kaunselor bersama-sama pelajar-pelajar Fakulti Perubatan Veterinar. Program Santai Bersama Kaunselor ini merupakan program kerjasama antara Bahagian Kaunseling UPM dengan Fakulti Perubatan Veterinar. Program seperti ini diadakan pada setiap semester pengajian.

Program ini diadakan untuk membantu pelajar-pelajar mengenalpasti kekuatan dan potensi diri bersama kaunselor serta berkongsi tip-tip motivasi. Pelbagai Aktiviti yang diadakan bagi membantu pelajar-pelajar kekal bermotivasi sepanjang mengharungi setiap semester baharu. Seramai 30 orang pelajar yang hadir ke program ini. Dengan pelaksanaan program ini, peserta dapat meluangkan masa memahami kekuatan dan diri. Pelbagai aktiviti dengan pendekatan psikologi diadakan bagi membantu meningkatkan keyakinan diri dan mengendalikan isu-isu semasa yang dihadapi dengan lebih baik. Kali ini, kaunselor telah membawa topik sayangi diri sendiri dan telah menjalankan aktiviti healing with art

Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan selaku penyelaras program menyatakan "program sebegini harus dilakukan bagi membantu mereka mengenalpasti potensi diri mereka dan ianya merupakan salah satu cara untuk 'lari sekejap' dalam kesibukan seharian bergelar pelajar". Sekalung penghargaan dan tahniah kepada pelajar yang telah menghadiri program yang bermanfaat ini dan semoga hasil dapatan program ini dapat memberikan inspirasi dan meningkatkan semangat diri dalam menjalani sebagai seorang pelajar akademik yang berwawasan. Bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di Bahagian Kaunseling UPM melalui Tele-Kaunseling Aplikasi Whatsapp di +60 11-5665 6221 atau ke laman web kami di https://bkupm.upm.edu.my/ dan kami turut mengalu-alukan kedatangan pelajar dan staf UPM untuk mendapatkan perkhidmatan di Bahagian Kaunseling UPM.

   

 

Gambar: Pelajar bersama Pegawai Psikologi UPM dengan aktiviti menarik di slot santai bersama kaunselor di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBDAo~