Selamat Datang Kaunselor Pelatih BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Selamat Datang Kaunselor Pelatih BKUPM

Selamat Datang Kaunselor Pelatih BKUPM

SERDANG, 30 Mac - Selamat Datang buat Kaunselor Pelatih Bahagian Kaunseling UPM iaitu kepada Saudari Najwa Nurwahida binti Mohd Tarmizi dan Saudari Nurul Iffah binti Jauzi yang merupakan pelajar Semester lapan daripada Universiti Sains Islam Malaysia telah melapor diri ke Bahagian Kaunseling UPM pada 18 Mac 2024 manakala kepada Saudari Cik Ong Xin Ting, pelajar semester lapan, Universiti Putra Malaysia telah melapor diri pada 25 Mac 2024. Ketiga pelajar tersebut telah ditempatkan ke Seksyen di bawah Bahagian Kaunseling UPM iaitu, Saudari Najwa di Seksyen Kesihatan Mental, Saudari Iffah di Seksyen Kaunseling Kerjaya dan Saudari Ong di Seksyen Pembangunan Kendiri.

Tempoh Kaunselor Pelatih ini menjalani latihan industri di Bahagian Kaunseling UPM selama empat (4) bulan. Latihan industri merupakan satu elemen yang penting daripada pembelajaran wajib dijalankan oleh pelajar universiti mengikut bidang yang diambil. Latihan industri di Bahagian Kaunseling UPM ini memberi pelajar pendedahan dan pengenalan siswa/siswi mengenai pelbagai aspek, pengalaman baru dan pengetahuan yang bervariasi dalam dunia pekerjaan yang sebenar khusus buat bidang yang diceburi. Pelajar juga didedahkan dengan etika semasa berkerja dan etika pengurusan berkerja serta memperaktikkan pembelajaran dalam kuliah kepada persekitaran kerja sebenar seperti contoh, pelajar yang merupakan Kaunselor Pelatih membuat sesi kaunseling bersama klien dan mengimplentasikan inventori/tools dipelajari atau teknik pembelajaran yang berkaitan dalam pengurusan klien.

Impak pelaksanaan latihan industri ini banyak memberikan manfaat terutama dalam persediaan mental, etika kerja, displin, emosi dan pengurusan masa. Elemen ini penting dalam membentuk sahsiah pelajar dan menjaga nama Universiti pada masyarakat umum. Diakhiri menjalani latihan industri, pelajar akan membuat pembentangan laporan latihan industri kepada warga Bahagian Kaunseling UPM dimana kebiasaanya pembentangan akan diadakan pada minggu akhir pelajar menjalani latihan indsutri. Laporan pembentangan ini juga dihasilkan bagi menjadi rujukan dan bukti terhadap kerja yang dilaksanakan.

Kami di Bahagian Kaunseling UPM mengucapkan tahniah, selamat menjalani latihan industri dan selamat berkerjasama kepada tiga (3) orang Kaunselor Pelatih ini. Semoga sepanjang menjalani latihan industri ini memberi makna berharga dan pengalaman indah dicipta bersama dan sebagai permulaan menepuhi alam pekerjaan sebenar.

  

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQA4~