Selamat Datang Kaunselor Pelatih USAS Di Bahagian Kaunseling UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » Selamat Datang Kaunselor Pelatih USAS di Bahagian Kaunseling UPM

Selamat Datang Kaunselor Pelatih USAS di Bahagian Kaunseling UPM

Oleh: Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari

UPM SERDANG, 30 Mac - Bahagian Kaunseling UPM dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tiga Kaunselor Pelatih daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang telah memulakan latihan industri pada 2 Mac 2026.

Pelatih yang terlibat ialah Cik Nur Syuhada Solehah binti Mohamed Sufian, Cik Nur Nadiah binti Abdul Kadir dan Encik Edika Elfeez bin Zalani yang kini berada di Semester 8 pengajian. Sepanjang tempoh latihan, mereka akan menjalani penempatan di beberapa seksyen di bawah Bahagian Kaunseling UPM.

Cik Nur Syuhada Solehah ditempatkan di Unit Pembangunan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, manakala Cik Nur Nadiah ditempatkan di Unit Pengembangan Potensi dan Gaya Hidup, Seksyen Pembangunan Kendiri. Encik Edika Elfeez pula menjalani latihan di Seksyen Kesihatan Mental.

Latihan industri ini akan berlangsung selama 15 minggu bermula 2 Mac hingga 15 Jun 2026 dan merupakan komponen penting dalam kurikulum akademik pelatih. Sepanjang tempoh ini, para pelatih akan didedahkan kepada pengalaman praktikal dalam bidang kaunseling termasuk pengendalian sesi bersama klien, pengaplikasian teori serta teknik kaunseling dalam situasi sebenar, dan penggunaan alat penilaian dalam pengurusan klien.

Selain itu, pelatih turut berpeluang mempelajari aspek etika kerja, pengurusan organisasi serta membangunkan kemahiran profesional sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Bahagian Kaunseling UPM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalani latihan industri kepada ketiga-tiga pelatih. Diharapkan pengalaman ini dapat memberi nilai tambah serta menjadi langkah awal yang bermakna dalam perjalanan mereka sebagai kaunselor profesional.

Sebarang maklumat lanjut dan terkini mengenai Bahagian Kaunseling, boleh layari laman rasmi kami di www.bkupm.edu.my atau di laman media sosial kami di facebook dan instagram @bahagiankaunselingupm.

Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 30/03/2026 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (08:33:30am-08:38:30am, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]