Self-Help, Tema BKUPM Bagi Pertandingan Read@Uni | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Self-Help, Tema BKUPM bagi Pertandingan Read@Uni

Self-Help, Tema BKUPM bagi Pertandingan Read@Uni

UPM Serdang – Kemeriahan sambutan dan penglibatan setiap pusat tanggungjawab (PTJ) dalam pertandingan Sudut Bacaan PTJ atau lebih dikenali sebagai Sudut Read@Uni amat memberansangkan. Melihatkan komitmen setiap PTJ yang terlibat dalam pertandingan ini pada tahun-tahun lalu menguatkan semangat Tim Bahagian Kaunseling UPM untuk turut sama menyertai serta menyemarakkan usaha universiti untuk memupuk  amalan membaca di BKUPM.

Read@Uni ini merupakan inisitif Kempen Membaca yang dianjurkan oleh Ketua Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan tabiat membaca khususnya pelajar universiti menjelang tahun 2030. Di UPM, Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dilantik sebagai peneraju kempen ini. Selain memfokus kepada bahan bacaan, kempen membaca ini turut menyokong usaha untuk mencantikkan sudut bacaan bagi menarik minat pelajar dan staf UPM memanfaatkan sudut tersebut dengan aktiviti membaca atau perbincangan ringan.

Di Bahagian Kaunseling UPM, Puan Anis Akmilah dilantik sebagai Pegawai Yang Bertanggungjawab untuk mewujudkan Sudut Bacaan ini. Kata Puan Anis, “konsep yang dipilih oleh BKUPM adalah ‘Helping Hand’, selaras dengan tugas dan profesionalisme BKUPM yang menggalakkan pelajar untuk  bantu-diri (self help). Dengan kata lain, membaca merupakan salah satu mekanisme bantu-diri yang boleh dilakukan oleh semua orang. Selain mendapatkan perkhdimatan bimbingan dan kaunseling bersama kaunselor, klien juga boleh mendapat celik akal melalui bahan bacaan yang betul”.

Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga kerja BKUPM ini tidak dapat dinafikan lagi. Bahkan sokongan padu oleh Ketua Bahagian, Dr. Mazila, atas usaha yang telah dilakukan. Menurut beliau, penglibatan BKUPM dalam pertandingan ini bukanlah mensasarkan kemenangan pertandingan semata-mata, fokus utamanya adalah membantu setiap pelajar yang datang ke Bahagian Kaunseling UPM meskipun hanya sekadar untuk meneman rakan yang lain. Semoga sudut Read@BKUPM ini dimanfaatkan sekaligus menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan amalan membaca di kalangan pelajar.  

Tarikh Input: 22/09/2022 | Kemaskini: 22/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAX~