SESI PEMBENTANGAN AKHIR OLEH KAUNSELOR PELATIH UNIMEL | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » SESI PEMBENTANGAN AKHIR OLEH KAUNSELOR PELATIH UNIMEL

SESI PEMBENTANGAN AKHIR OLEH KAUNSELOR PELATIH UNIMEL

UPM Serdang, 28 Disember – Sesi pembentangan akhir kaunselor pelatih dilaksanakan setelah pelajar Latihan Industri di Bahagian Kaunseling UPM telah melengkapkan tempoh praktikal dan memenuhi jam sesi yang telah ditetapkan mengikut bidang pengajian tersebut. Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja. Cik Noor Aina Sabrina binti Zulbahri merupakan seorang mahasiswa semester akhir daripada Universiti Melaka (UNIMEL) yang berkhidmat sebagai kaunselor pelatih di Bahagian Kaunseling UPM mulai pada 16 Oktober 2023 sehingga 8 Disember 2023. Diakhir perkhidmatan beliau sebagai kaunselor pelatih Bahagian Kaunseling UPM pada 8 Disember 2023, beliau telah melaksanakan satu sesi pembentangan akhir Latihan Industri bermula jam 9.30 pagi dan program berakhir pada jam 12.00 tengah hari yang bertempat di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM.

Gambar: Sesi berfoto bersama Kaunselor Pelatih Bahagian Kaunseling UPM, Cik Sabrina

Sesi ini dilaksanakan sebagai satu tanda bukti pelajar telah menamatkan latihan industri dengan jayanya dengan melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan pembentangan yang lengkap berlandaskan format sebenar kerja disamping memberi pelajar berani kehadapan untuk membuat pengucapan awam. Selain daripada merupakan salah satu syarat untuk latihan industri, maklumat yang dibentangkan ini boleh dijadikan sumber rujukan di masa akan datang. Semua warga Bahagian Kaunseling UPM iaitu seramai 16 orang pegawai dan staf pelaksana termasuk dua (2) orang pelajar kaunselor pelatih yang menyertai sesi ini.

Sesi pembentangan dimulakan oleh Cik Sabrina membentangkan latar belakang organisasi berkhidmat, struktur organisasi dan tempat bertugas beliau, bidang tugas yang dilaksanakan sepanjang tempoh menjalani latihan industri dan pengalaman yang diperolehi yang memberi manfaat kepada beliau dan organisasi. Kesimpulan daripada sesi pembentangan akhir pelajar latihan industri dapat mendalami dengan lebih mengenai teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikkan segala toeri dipelajari dalam nmenghadapi situasi mengendalikan sesuatu proses kerja di organisasi yang memerlukan kemahiran tertentu untuk melaksanakan dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja mahir dan berpengalaman dan daripada itu sedikit sebanyak memudahkan pelajar menceburi diri dalam bidang pekerjaan ditempuhi masa akan datang.

 

Gambar: Poster Penghargaan buat kaunselor pelatih

  

Gambar: Cik Sabrina membuat pembentangan akhir latihan industri

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBDA2~