SINOPSIS READ@UNI BKUPM : HOW TO ENJOY LIFE AND YOUR JOB | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » SINOPSIS READ@UNI BKUPM : HOW TO ENJOY LIFE AND YOUR JOB

SINOPSIS READ@UNI BKUPM : HOW TO ENJOY LIFE AND YOUR JOB

Oleh : Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.

SERDANG, 27 Disember - Pada tahun 2024, sebanyak tiga slot perkongsian rumusan buku telah dikongsikan menerusi rancangan SINOPSIS Read@Uni BKUPM. Buku pertama yang dikupas adalah ‘The Courage to Be Disliked’, dikupas oleh Cik Nurul Iffah binti Jauzi, buku kedua ‘Letters to a Young Therapist’ dikupas oleh Cik Najwa Nur Wahida Mohd Tarmizi, manakala buku terakhir yang dikupas adalah How To Enjoy Life And Your Job oleh Cik Ong Xin Ting. Kesemua mereka adalah kaunselor pelatih di Bahagian Kaunseling UPM.

Ketiga-tiga kupasan buku ini telah dimuat naik di laman media sosial rasmi Bahagian Kaunseling UPM pada tarikh 12 November 2024, 27 November 2024 dan 27 Disember 2024.
Tujuan SINOPSIS Read@Uni ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif BKUPM dalam menggalakkan budaya membaca dan meneroka ilmu di kalangan warga UPM. Kami juga menggalakkan semua pelanggan yang hadir ke BKUPM untuk membaca ruang bacaan yang kami sediakan.

Jom kita lihat apa yang menarik di dalam buku HOW TO ENJOY LIFE AND YOUR JOB? yang telah dibuat rumusan oleh Cik Ong Xin Ting. Buku ‘How To Enjoy Life And Your Job’ ini ditulis oleh Dale Carnegie. Penulis telah berkongsi beberapa tip bagi seorang pemimpin, bagaimana cara terbaik dalam mengendali pekerja atau pasukannya. Bagaimana sebenarnya teknik kepimpinan yang baik memberikan ruang yang lebih harmoni, serta berfokus dalam sesebuah organisasi menjadikan organisasi lebih cemerlang.

Antara tip yang dikongsikan adalah :
i. Jadikan diri (pemimpin/bos/manager/leader) orang yang ‘penting’ dalam sesuatu keputusan.
ii. Beri penghargaan kepada orang lain/staf.
iii. Lihat pandangan secara menyeluruh.
iv. Berbuat baik (kindness) lebih baik dari bersikap agresif.
v. Cari fakta bersama sama sekiranya terdapat percanggahan pendapat/idea.
vi. Membuat teguran secara berhemah.
vii. Mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin.
viii. Mengatur dengan bijak setiap tindakan dan perancangan.
ix. Dengar dengan bijak kritikan tetapi tetap dengan fokus.
x. Cipta keseronokan dalam setiap pekerjaan.

Menurut penulis, sebagai seorang pemimpin juga, perlu sentiasa semak kesejahteraan diri sendiri. Tanya diri sendiri juga “Adakah saya merasa letih?”. “Adakah diri dapat seimbangkan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance)?”. Ini adalah kerana kejayaan seseorang dalam kehidupan bukan diukur sejauh mana dia berjaya dalam pekerjaannya sahaja, tetapi keseronokan dan kebahagiaannya secara menyeluruh. Inilah golden rule yang telah dikongsikan oleh penulis. “Do unto others as you would have them do unto you”- (Matthew 7:12) by Candyce Carden.

Semoga rancangan SINOPSIS Read@Uni pada tahun 2024 ini memberi manfaat. Semua warga UPM dijemput juga untuk ke ruang bacaan kami untuk membaca sendiri buku-buku yang disediakan!

 

Tarikh Input: 28/12/2024 | Kemaskini: 28/12/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (07:29:11pm-07:34:11pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]