Slot Cit Cat Putra FM (CCPFM) Bersama Kaunselor BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Slot Cit Cat Putra FM (CCPFM) Bersama kaunselor BKUPM

Slot Cit Cat Putra FM (CCPFM) Bersama kaunselor BKUPM

SERDANG - BKUPM menyambut baik usaha Radio Putra FM untuk bekerjasama dalam usaha menyampaikan aura positif dan suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh pendengar khususnya warga UPM.

   Menerusi Slot Cit Cat Putra FM (CCPFM) Bersama Kaunselor pada tahun ini, sebanyak 12 siri perkongsian dijadual diadakan bermula dari Julai sehingga Disember 2020.  

   Program ini, yang telah bermula pada 14 Julai 2020, dilaksanakan pada hari Selasa bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang (mengikut jadual) secara langsung dari studio Radio Putra FM. Ianya berlangsung selama sejam, dan dikendalikan oleh DJ Zali. Sehingga bulan Ogos ini, seramai empat orang kaunselor bersama empat topik menarik telah berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua pendengar.

   Empat topik tersebut ialah Cara Tingkatkan Kesihatan Mental pada 14 Julai 2020 oleh Puan Kemelia Omar, Ketahui Teknik ‘BIS’ Untuk Ulangkaji Saat Akhir pada 28 Julai 2020 oleh Encik Muhammad Za’im Rosli, Padah Bahasa Media Sosial Terhadap Komunikasi Interpersonal Manusia pada 11 Ogos 2020 oleh Encik Mohd Redzuan Zamberi dan Kekal Positif pada  25 Ogos 2020 oleh Puan Kamariah Derasol.

 

     

   Bagi siri perkongsian seterusnya menerusi program ini, BKUPM akan menyajikan wadah ilmu berkaitan topik-topik berikut :-

  1. Putra Apprentice
  2. ‘Berhenti’, Jom Tengok Diri
  3. Tips Memupuk Rasa Bahagia
  4. Pengurusan Emosi : Runtuhkan Tembok Egomu
  5. Recharge Diri : Terapi Alam
  6. Teknik P : ‘Persediaan Menghadiri Temuduga’
  7. Usah Takut Kepada Penolakan
  8. Seronoknya Bekerja

Semoga perkongsian ini memberi seribu satu manafaat!

Tarikh Input: 31/08/2020 | Kemaskini: 31/08/2020 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQA3~