SLOT INSPIRASI KESEJAHTERAAN DIRI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » SLOT INSPIRASI KESEJAHTERAAN DIRI

SLOT INSPIRASI KESEJAHTERAAN DIRI

UPM Serdang, 24 Oktober – Slot program Inspirasi Kesejahteraan Diri ini merupakan inisiatif Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga UPM. Seramai 12 orang Pegawai Psikologi telah "turun padang" ke sembilan (9) buah kolej kediaman bagi menyampaikan kesedaran tentang kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik dan kesegeraan untuk mendapatkan rawatan awal bagi yang memerlukan. Program ini dijalankan pada 5 Oktober 2023 hari Khamis bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang ke sembilan buah kolej kediaman. Slot program Inspirasi Kesejahteraan Diri ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenalpasti tanda-tanda verbal dan non verbal individu yang mengalami krisis kesihatan mental.

Selain daripada itu, memberi kefahaman kepada pelajar kemahiran untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang mengalami peristiwa trauma dan kecemasan. Sasaran penglibatan program ini adalah 12 orang Pegawai Psikologi dan seramai 3250 orang pelajar UPM. Impak program ini adalah untuk meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap isu kesihatan mental. Puan Kemelia Omar, Penyelaras slot program menyatakan "bersyukur kerana slot ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak Bahagian Kaunseling UPM berharap agar semua pelajar memahami dan menyedari tentang pentingnya memelihara kesihatan mental yang baik dan segera mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya terdapat permasalahan di sepanjang tempoh pengajian di UPM. Semoga output program ini dapat memberi manfaat buat warga UPM dan seterusnya hasrat program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah atas kehadiran ke program ini dan terima kasih kepada semua."

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di Bahagian Kaunseling UPM melalui Tele-Kaunseling Aplikasi Whatsapp di +60 11-5665 6221 atau ke laman web kami di https://bkupm.upm.edu.my/

  

   

Gambar: Kenangan terindah bersama Pelajar UPM di kolej kediaman

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAh~