SLOT KESUKARELAWAN DAN KESIHATAN MENTAL DI UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » SLOT KESUKARELAWAN DAN KESIHATAN MENTAL DI UPM

SLOT KESUKARELAWAN DAN KESIHATAN MENTAL DI UPM

Oleh : Puan Izwana binti Ismail (K.B,P.A)

SERDANG, 29 Jan - Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Kesukarelawan UPM untuk Sesi Interaksi Bersama Sukarelawan UPM dan telah diamanahkan untuk Slot Kesukarelawanan dan Kesihatan Mental. Slot ini merupakan salah satu pengisian penting yang mana staf Universiti Putra Malaysia yang ingin menjadi sukarelawan perlu menjawab saringan kesihatan mental bagi mengetahui tahap kesihatan mental mereka. Program ini dilaksanakan pada 23 Januari 2023 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Auditorium 2, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Sesi Interaksi Bersama Sukarelawan UPM ini telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2024 dengan melihat situasi semasa bahawa kesihatan mental penting kepada mereka yang bersedia untuk menjadi seorang sukarelawan. Sebelum mereka bersedia untuk membantu, mereka perlu memastikan tahap kesihatan mental mereka dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan setelah membantu mangsa yang terlibat dalam bencana. Ini kerana seoarang yang bersedia untuk menjadi seorang sukarelawan perlu bersiap siaga untuk membantu mana-mana misi yang diperlukan.

Program ini melibatkan 64 orang peserta dan diadakan secara fizikal. Program ini berjaya mencapai objektif iaitu membantu menilai tahap kesihatan mental para sukarelawan Universiti Putra Malaysia dengan menjawab DASS 21 dan mereka juga perlu bersedia dari segi kesihatan diri, fizikal dan komitmen terhadap kerja hakiki selepas misi membantu.

Puan Izwana binti Ismail, Pegawai Psikologi UPM selaku penyelaras program menyatakan "Melalui program ini diharapkan para sukarelawan UPM lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sesi ini memberi manfaat buat semua."

 

 

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAd~