Sokongan Padu Warga BKUPM Tempuhi Audit Kendiri EKSA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Sokongan Padu Warga BKUPM Tempuhi Audit Kendiri EKSA

Sokongan Padu Warga BKUPM Tempuhi Audit Kendiri EKSA

UPM Serdang- Pelbagai persiapan dijalankan bagi persediaan audit kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dijadualkan berlangsung pada 2 September 2022. Pada tahun ini merupakan tahun kedua Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) menyertai pertandingan EKSA peringkat universiti bagi melayakkan penyertaan ke Hari Kualiti Peringkat UPM.
 
Kali ini, proses pengauditan sedikit berbeza memandangkan juruaudit yang ditetapkan adalah di kalangan penyelaras EKSA pusat tanggungjawab. Dua orang juruaudit terpilih yang telah diamanahkan mengaudit BKUPM ialah, Puan Zainor Mazwin binti Zainal dari Institut Pengajian Sains Sosial dan Puan Fauziah Nordin dari Fakulti Veterinar.
Menurut Puan Anis Akmilah Mat Hassan selaku penyelaras EKSA PTJ, “BKUPM telah berusaha sepanjang 3 minggu yang lalu bagi membuat persiapan bagi Audit Kendiri EKSA. Kerjasama dan komitmen jitu warga BKUPM sangat memberansangkan, lebih-lebih lagi sokongan padu yang diberikan oleh Ketua Bahagian, Dr. Mazila Ghazali. Namun hasil dapatan audit pula bergantung kepada penilaian para juruaudit”.
 
Melalui pengauditan ini, BKUPM mengambil pendekatan positif dalam teguran dan penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak auditor. Sesi audit diakhir dengan ucapan penutup oleh ketua juruaudit serta penyampaian cenderamata daripada BKUPM kepada juruaudit . Sesi audit kendiri EKSA Bahagian Kaunseling UPM berakhir pada jam 4 petang. Semoga proses pengauditan kali ini, dapat mengekalkan motivasi dan semangat warga BKUPM dalam membudayakan EKSA dalam pekerjaan.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 21/09/2022 | Kemaskini: 22/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAD~